
Isi Kandungan
ToggleBila syarikat penerbangan AirAsia buat promosi Free Seats, maka ramailah diantara kita yang sanggup berjaga malam gara-gara ingin mendapatkan tiket murah. Mana tidaknya, harga yang ditawarkan pada waktu free seat nib oleh dikatakan ‘gila’ jugalah.
Namun begitu, tepat jam 12 pagi tadi, AirAsia buat kejutan kepada rakyat Malaysia apabila menawarkan harga tidak masuk akal, tiket penerbangan ke Korea dan Jepun serendah RM76.
Ini semua kemungkinan gara-gara virus Corona yang menyerang dunia. Ramai yang takut dan tidak mahu untuk pergi ke luar negara, tambah-tambah lagi ke negara yang mencatat kes tertinggi.
Bukan hanya Korea dan Jepun, khabarnya penerbangan ke Australia juga jauh lebih murah daripada biasa.
Jom kita lihat antara harga yang ditawarkan oleh Air Asia sempena promosi free seats kali ini.
Korea
Jepun
Australia
Amacam guys? Berani ke nak travel time-time macam ni? Apa pun, tepuk dada tanya selera. Tidak kiralah korang berada di mana sahaja, semoga kita semua dilindungi daripada segala penyakit yang memudaratkan.
Harapan Tipis! PM Akui Sukar Kerajaan Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP Walau Ramai Terdesak Duit

Beberapa hari lalu, mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di fbnya ada membuat cadangan untuk kerajaan mempertimbangkan pengeluaran secara one off dari akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ini kerana pandemic COVID-19 telah mengakibatkan begitu ramai yang terjejas dari segi kewangan kerana kehilangan kerja.
Di saat ramai yang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana dikatakan dapat membantu seketika masalah kewangan dihadapi ramai pencarum, hasrat itu nampaknya mungkin tipis ya.
Ya agak tipis di saat begitu ramai berharap kenyataan itu menjadi kenyataan.
Memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri membayangkan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik Covid-19.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun satu KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.
"Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun satu KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.
"Memang ramai yang teks saya berkata 'tolonglah Tan Sri, kami susah'. Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.
"Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah yang lebih besar di masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir, dekat sini, hari ini.
“Ya Allah! Bomba Ambil Masa 2 Jam Untuk Potong Kaki Rakyat Malaysia Tersepit Mesin Sampah Di Korea Selatan

Semalam, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih menimpa Daniel Arif Ahmad Fuad, 21 tahun yang tersepit di mesin pengisar sampah ketika bekerja di Samseong, Seoul, Korea Selatan di mana kejadian menimpanya Isnin lalu.
Dalam kejadian menyedihkan itu, Daniel dikatakan sedang mengorek sampah yang melekat pada mesin pengisar berkenaan sebelum mesin tersebut secara automatik bergerak sendiri biar sudah di off melalui alat kawalan jauh sehingga mengisar sebahagian kakinya.
Malah pihak bomba juga terpaksa mengambil masa dua jam untuk memotong kakinya sebelum dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. Ya Allah, sedihnya!

Buat masa ini keadaan mangsa dilaporkan kritikal dan diberi ubat tidur. Masa yang sama esok satu pembedahan besar akan dilakukan oleh pihak Hospital Suwon Ajudee ke paras pehanya selepas diiangkiti kuman. Pembedahan ini akan dilakukan segera selepas kedatangan kedua ibu bapa Daniel yang sudah pun bertolak ke Korea Selatan.
Rakan kepada Daniel yang lebih dikenali sebagai Shahir yang sama-sama bekerja di Korea Selatan memohon doa dari rakyat Malaysia agar sahabatnya itu diberikan kesembuhan.
“Saya berharap rakyat Malaysia dapat doakan pembedahan kedua Daniel Arif berjaya dan dia diberikan kekuatan serta kesembuhan oleh Allah SWT.”

Shahir berkata, Daniel Arif kini dirawat di Hospital Suwon Ajudae, Seoul dan perlu menjalani pembedahan kedua untuk memotong pangkal paha akibat jangkitan kuman.
“Doktor memberitahu pembedahan berkenaan berisiko kehilangan nyawa, dan saya mohon orang ramai dapat mendoakan Daniel Arif diberikan kesembuhan segera.
Ngeri bila tahu bagaimana kejadian ini menimpa Daniel sehingga kakinya dikisar mesin sampah!.
Menurut rakan mangsa, kejadian ini berlaku sekitar jam 3 petang di mana mesin pengisar sampah itu tersangkut menyebabkan Daniel terpaksa mengorek sampah yang melekat di bahagian pengisar itu.
“Ketika kejadian, mesin sudah ditutup dan Daniel Arif diarahkan mengorek sampah dari dalam, manakala pekerja lain sedang berusaha memperbaikinya.
“Namun tidak tahu bagaimana selepas sejam lebih, mesin berkenaan “berjalan” sendiri walaupun sudah ditutup menggunakan alat kawalan jauh menyebabkan separuh badan Daniel dikisar dari paha hingga ke kaki.
“Menyedari kejadian itu, penyelia kilang terus berlari dan menekan suis kecemasan untuk menghentikan mesin berkenaan sebelum menghubungi ambulan.
“Selepas ambulan tiba, bomba dan pihak hospital terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk memotong kaki Daniel sebelum dia berjaya dikeluarkan dan ketika itu dia berada dalam keadaan separa sedar,” katanya.

Sementara itu dalam satu temubual sebelum bertolak ke Korea Selatan, bapa Daniel iaitu Ahmad Fuad Yun, 52, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan anaknya mengenai kejadian itu.
“Saya memang ada halang dia nak ke sana dulu (bekerja). Sedih tu, sesiapa pun akan sedih. Tapi kita sebagai orang Islam, kita terima qada dan qadar Allah,” katanya yang kedatangannya amat ditunggu oleh pihak hospital kerana perlu menandatangani surat kebenaran memotong sehingga ke paras peha anaknya yang sudah dijangkiti kuman.
Masa yang sama keluarga ini sendiri tidak tahu, berapa jumlah bil perubatan akan dihadapi oleh anaknya itu. Bagi yang mahu meringankan beban keluarga ini, boleh salurkan bantuan ke akaun Maybank atas nama ibunya, Zainah Mohamad di akaun 157090003447 .
Jom rakyat Malaysia yang prihatin membantu dari segi kewangan selain doa untuk anak muda ini. Hari ini mungkin harinya dan kita tidak tahu nasib diri di masa akan datang.
Sumber : HARIAN METRO & M STAR
Filem Sekuel Kung Fu Hustle Bakal Ditayangkan, Stephen Chow Muncul Sebagai Cameo

Selepas 16 tahun Kung Fu Hustle ditayangkan, kini berita baik buat peminat pelakon Stephen Chow kerana khabarnya filem aksi komedi ini bakal membuat sekuelnya tidak lama lagi.
Berita ini disahkan sendiri oleh Stephen Chow menurut sesi temubualnya bersama portal Footage. Chow memberitahu bahawa filem tersebut akan berlatar belakangkan pada zaman moden tetapi tetap membawa ‘semangat’ yang sama seperti filem Kung Fu Hustle yang terdahulu.
Ditanya sama ada beliau masih membintangi filem tersebut, pelakon ini menegaskan bahawa dia sudah terlalu tua untuk melakukan kerja tersebut, tetapi tidak menolak kemungkinan untuk menjadi cameo dalam filem sekuel itu nanti.
Walau bagaimanapun, Chow dikatakan banyak melakukan kerja dibelakang tabir dan menjadi pengarah dalam filem Kung Fu Hustle 2.
Hm, tak sabar kami nak tunggu kemunculan filem legend sekuel Kung Fu Hustle 2 nanti!
Sumber: shanghai.ist