
Penyanyi dan pencipta lagu, Amir Jahari menepati ramalan ramai pihak apabila beliau dan lagunya, Hasrat dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi edisi ke-38, malam tadi.
Hasrat yang dicipta sepenuhnya oleh Amir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Saat Hasrat diumumkan sebagai juara, Amir terkedu seketika dengan keputusan tersebut sebelum melakukan sujud syukur di tengah-tengah pentas sambil matanya bergenang dengan air mata kegembiraan.
“Pertama sekali, terima kasih kepada isteri saya, bapa saya, emak saya. Kepada bandmate saya, Kasi Gegar Entertainment, terima kasih Luncai Emas dan Archive Music. Nusantara Sign dekat belakang sana, terima kasih kepada semua yang terlibat.
“Ini ada untuk anda semua dan ini adalah untuk kita. Terima kasih banyak-banyak,” ujarnya dengan nada sebak.
Sebagai info, Hasrat merupakan runut bunyi utama bagi filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha yang menemui pawagam pada tahun 2022. Bahkan pada persembahan Amir kali ini, ia turut diserikan dengan cameo istimewa teraju utama filem tersebut, Beto Kusyairi dan Diana Danielle.
Dalam pada itu, Aisha Retno & Aina Abdul turut menang besar di Anugerah Juara Lagu ke-38.
Aisha Retno yang melakukan persembahan sulungnya di pestas berprestij itu menerusi lagu Sutera menggondol trofi Naib Juara dan Persembahan Terbaik.
Manakala, 3 trofi yang disambar oleh Aina Abdul menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu pula adalah bagi kategori Pemenang Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa.
Turut bertanding pada malam ini adalah lagu Astana (Ernie Zakri; Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman), Bintang (Hael Husaini), Santai (Naqiu; Faizal Tahir), Inilah JalanNya (Masdo; Noh Salleh), Darah (Marsha Milan; Naim Daniel dan Firdaus Rahmat), Kalam (Shiha Zikir; Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat), Kucuma (Wany Hasrita dan Afieq Shazwan; A Ramlee dan Ezra Kong), Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain; Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar dan Nabila Razali; Amylea Azizan).
Cerita Joyah Las Vegas Tentang Bit Coin, Baca Penjelasan Pakar Hartanah Ini

Apa bitcoin? Melabur bagaimana. Tahu itu matawang digital tapi nak uruskan bagaimana pula?
Meh, kasi faham sikit apa tu bitcoin. Baca juga penjelasan pakar hartanah mengenai bitcoin. Ingat, dengar memang seronok, katanya duit ratus-ratus ribu tapi baca dulu sebelum buat keputusan.
Untuk makluman, bitcoin adalah satu cryptocurrency atau matawang digital yang bersifat decentralized dan menggunakan teknologi blockchain.”
Teknologi-teknologi ini seperti cryptocurrency, decentralized dan blockchain sebenarnya agak sukar untuk difahami kalau tak betul-betul faham tentang asasnya.

Tapi, cara paling senang untuk faham bitcoin ialah matawang digital.
Duit tak nampak di tangan tetapi nilainya boleh menjadi beratus kali ganda dan menjadi kegilaan orang muda untuk membelinya.
Dikatakan 1 bit coin bersamaan RM77, 505.50 peningkatan sebanyak 879,999 kali sejak 2010. Wow, sapa beli bitcoin semasa mula diperkenalkan confirm jadi kaya rayakan. Tapi itulah, untung itu rezeki orang.
Bagi yang nampak dan begitu tergila-gila tentang bitcoin ini semua sudah maklum, matawang digital ini sudah menjadi satu pelaburan terbaik di dunia berbanding korang melabur di pasaran saham.
Ada turun naik ke macam pelaburan saham? Ada tetapi setakat ini masih kukuh lagi. Nak bagi tau, Bank Negara Malaysia tak iktiraf ya pelaburan ini. So risiko tanggung sendiri.
Tapi janganlah sebab tak faham tapi teringat nak jadi kaya dengan mudah membuatkan kita meminjam dari sapa-sapa plak sebab nak beli bitcoin. Kalau memang korang banyak duit, bolehlah beli tanpa ragu-ragu.
Korang ingat lagi tak tentang Joyah Las Vegas. Ala akak orang Melayu yang baik hati dan duduk di Las Vegas tu. Biar dah lama menetap di negara orang tetapi dia tetap ingat budaya orang Melayu dan cukup humble orangnya.

Dia ada melabur dalam bitcoin “akak salah sorang yg terjebak akhirnya,nanti akak bagi tau hasil samada real or not.something new,something confusing” tetapi belum dapat hasilnya tetapi katanya, jiranya di Vegas yang sakit dan memerlukan sejumlah besar wang untuk biayai perubatan. Namun dengan bitcoin itulah dia mampu merawat kansernya.
Baca tulisan Joyah Las Vegas dalam entri facebook Azizul Azli Ahmad yang juga seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina Dalaman, Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur. Selain mengajar dalam bidang Seni Bina Dalaman, beliau juga merupakan pelabur yang aktif dalam bidang hartanah bila mana Dr Azizul menulis mengenai isu bitcoin.
Ini kenyataan Joyah Las Vegas tentang bitcoin
Kat sini pon Federal tak iktiraf, kalau kena hack habis semua, but my jiran sebelah rumah been doingit since 2014, semlm akka pegi rumah dia tanya perkembangan, dia sebab dah 3 bulan tak nampak, if not everyweek kita org bersembang, dia dah pencen but kerja part time tu bayo medical insurance,tu yg dia cuba nasib merjudikan duit yg dia ada.
bila jumpa dia semlm terperanjat tgk dia,tak der bole bercakap sebab kena throat cnacer, stage 3, dia menaip nak bercakap dgn akak, dia kata nasib baik dia beli bitcoin dua tahun lepas,duit tu yg dia guna untuk perubatan dia yg makan belanja 60 ribu sebulan.
To get best treatment for his cancer. pas tu dia tunjuk acc dia kat akak. mak ko ada 1.8 juta usd.dalam virtual wallet dia,acc yg digunakan untuk bitcoin memberrs. i guess bila dah sampai soal hidup dan mati,,kita kena tawakal jer ler,pasal hukum tu.
Sebab org mcm kita tak mampu nak bayo 60K sebulan untuk perubatan, after insurance.. entah ler, mudahan kita tak di uji seberat tu,but kalau di takdirkan akak buat duit dalam scheme ni,akak gunakan duit tu nak tolong org yg memerlukan. i think its lebih baik dari menipu org. Itu hanya ler pendapat akak sebagai manusia yg amalan tak sebanyak mana.
Baca juga kenyataan Azizul Azli Ahmad dalam entri facebooknya.
So, sapa yang nak tahu tentang bitcoin nie, bacalah entri di sini ya.
5 Cara Meniru Stail Seluar Joggers Seperti Dua Lipa

Isi Kandungan
ToggleKita bertuah kerana untuk tahun kedua berturut-turut, penyanyi dan ikon fesyen, Dua Lipa telah memilih Malaysia sebagai destinasi pilihannya!
Jika pada tahun lalu, Dua ke sini untuk memeriahkan festival muzik Good Vibers 2017 di The Ranch Genting Highlands. Sekali lagi, Dua akan bersama peminatnya di Malaysia pada malam ini sempena jelajah ‘The Self-Titled Tour’ di KL Live.
Bagi korang yang bertuah untuk mendapat tiket (serius, habis cepat Februari lalu!) untunglah dapat berjumpa dengan Dua lagi. Jelajah yang dibawakan oleh iMe Group ini juga akan menyaksikan Dua membawa lagu popularnya seperti New Rules, IDGAF, Scared To Be Lonely dan Blow Your Mind (Mwah)
* * * * *
Sejak tahun lalu, Dua dilihat sebagai ikon muzik dan fesyen baru yang mudah didekati dan diminati peminat. Ada yang meminati gaya rambut (termasuk kami). Ada juga yang meminati gaya pakaiannya yang berstail tetapi ringkas dan kasual.
Walaupun selalu berseluar joggers saja, Dua bijak mengolah penampilan dengan kombinasi warna dan jenis baju berbeza.
Tak percaya? Jom tiru 5 stail seluar joggers seperti ini!
* * * * *
01
Disebabkan Dua ingin naik kapal terbang, jadi sememangnya keselesaan itu penting. Kalau sejuk sangat dalam flight nanti, sarung je sweater yang terikat dekat badan.
* * * * *
02
Masih di airport kerana Dua kan orangnya sibuk, selalu perlu memenuhi jadual persembahan di seluruh dunia.
Kali ini, Dua memilih bomber jacket berkain baldu. Mungkin negara tersebut sedang musim sejuk kot. Sebab itu, baldi jadi pilihan Dua.
* * * * *
03
Inilah sebab kami sukakan seluar joggers yang boleh dibutang di tepi. Kalau panas, unbutton. Kalau sejuk, tutup litup.
Joggers berbutang juga adalah alternatif terbaik untuk korang yang teringin nak pakai skirt tapi tak nak terlalu ‘menonjol’.
* * * * *
04
Dengan seluar joggers pun boleh pakai ankle boots tau! Seperti Dua, seluar tersebut boleh dimasukkan ke dalam untuk imej yang lebih kemas.
* * * * *
05
Ini juga salah satu cara untuk menggayakan seluar joggers. Padankan dengan blaus berwarna solid agar korang nampak lebih feminin walaupun lasak.
* * * * *
06
Tapi kalau korang nak nampak feisty dan lincah, gayakan seluar joggers dengan warna baju yang sama. Umpama satu set jumpsuit, penulis teringat pula dengan gaya Scary Spice, Mel B.
10 Gaya Fesyen Yang Mendominasi Pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36

Isi Kandungan
Toggle
Semalam, 12 buah lagu terbaik daripada tahun 2021 telahpun diumumkan sebagai barisan pencabar yang mara ke Anugerah Juara Lagu ke-36 tidak lama lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Aina Abdul, Naim Daniel & Haqiem Rusli Pertaruh 2 Lagu Di Pentas AJL-36 – REMAJA
Namun, warganet terutamanya peminat hiburan dan fesyen tempatan masih belum dapat ‘move on’ daripada gaya serta stail yang ditampil oleh para penyanyi yang muncul di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 sepanjang dua hari ia dilangsungkan.
Nampaknya, persaingan sengit di antara mereka tidak hanya terletak pada faktor kekuatan lagu serta vokal sahaja. Malah, masing-masing baik penyanyi lelaki, wanita dan band masing-masing seakan tidak mahu kalah dengan ‘persaingan’ gaya fesyen yang dipertontonkan.
Jom lihat 10 gaya yang menjadi pilihan REMAJA, secara rawak.
AINA ABDUL
oleh Masyadi Mansoor, Shazleen Jalal & Ezuwan Ismail
Gaun yang hangat diperkatakan sejak malam Jumaat lalu tentunya ialah persalinan serba putih yang disarungkan oleh Aina Abdul ini. Ibarat menangkis semula kata-kata nakal warganet yang menyamakannya dengan selimut katil atau duvet, sememangnya ruang katil adalah inspirasi utama di sebalik gaya Aina ini. Bagi pereka outerwear yang disarungkan Aina iaitu Masyadi Mansoor dan Shazleen Jalal, katil adalah lokasi terakhir setiap individu sebelum lena dibelai mimpi. Momen-momen terakhir sebelum mata terlelap setiap malamlah di mana bayangan ‘si dia’ akan muncul di minda. Gaya ini dilengkapkan dengan sut putih rekaan Ezuwan Ismail di bahagian dalam.
AINA ABDUL
oleh Melinda Looi Couture
Tidak sah sekiranya Aina Abdul tidak tampil dengan gaya yang sama ‘memorable’ pada malam kedua pertandingan. Kali ini, Aina yang bergandingan dengan Khai Bahar menerusi penyertaan lagu popular, Nafas Cinta; pasukan glam Aina meneroka gaya bersama pereka fesyen berpengalaman Melinda Looi Couture. Ia bukan persalinan tulle kembang yang biasa kita lihat tetapi ia ibarat versi gaun tulle yang ‘diterbalikkan’ bagi memberi volume luar biasa pada bahagian bahu dan semakin menguncup pada bahagian bawah. Lapisan warna merah, merah jambu, hitam dan hijau pudina memberi gambaran segar bagi pencinta fesyen.
AISHA RETNO
oleh WANPA
Umpama puteri Belle daripada kisah dongeng Beauty & The Beast membuat kemunculan, gaun Wanpa buat penyanyi bervokal mega, Aisha Retno ini punya keistimewaan saat ia dipertontonkan di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 36. Eksperimentasi berjaya ini amat teliti pada pandangan penulis, daripada potongan bahu seakan busana tradisional ‘Terno’ dari Filipina hingga ke potongan geometrik pada bahagian collar bone. Ciptaan Wanpa ini diserlahkan lagi oleh aksesori butiran ‘berlian’ yang disusun rapi sepanjang garisan rambut Aisha pada bahagian wajah serta sedikit pada bahagian ponytail di belakang. Subang dempak bermotif matahari melengkapkan gaya Aisha.
Bunga & Amsyar Lee
masing-masing oleh Firziey Couture & Behati
Satu percubaan yang mungkin akan menerima kecaman disebabkan keberanian pelantun lagu Intan Payung dalam berfesyen. Tidak semua orang dapat menerima campuran gaya moden dan tradisional sedemikian. Namun pada pandangan penulis, ia merupakan stail yang disempurnakan dengan molek sekali oleh Firziey Couture buat Bunga dan Behati buat Amsyar Lee yang menggantikan kedudukan penyanyi lagenda, Noraniza Idris. Campuran fabrik songket, quilt, lace dan kapas seakan mewujudkan satu sinergi yang ‘kena’ dengan konsep lagu ini.
Ernie Zakri
oleh Amazé
Berbadan dua? Tiada masalah. Seperti dijangka, gandingan Ernie Zakri dan Amaze tidak mengecewakan. Tidak semua pereka fesyen mengerti cara terbaik untuk menggayakan wanita mengandung, tetapi Amaze bukan calang-calang pereka fesyen duo. Keadaan pelantun lagu Boneka ini yang sedang sarat mengandung langsung tidak merencatkan stailnya, malah ia lebih menyerlah in all the right angles and spots. Taruhan yang edgy ini mengikut pereka telah diilhamkan daripada gaya Noor Kumalasari di mana stail bahu boxy pada gaun hijau tropika ini amat popular pada era 80-an.
Misha Omar
Jujurnya, penulis masih mencari siapakah gerangan jenama atau pereka fesyen yang bertanggungjawab di atas persalinan milik penyanyi hebat, Misha Omar ini. Apapun, Misha yang mesra dengan panggilan Kak Mitch tidak kalah dalam soal stail apabila setiap pemilihan dari bahagian top berbelang, skirt midi polka dots bertekstur renyuk hinggalah ke anting-anting; semuanya terletak kemas untuk memberi fokus pada wajah serta teknik nyanyian Misha yang cemerlang seperti dijangka.
Naim Daniel
oleh Kit Woo
Satu lagi penyanyi yang memilih warna popular, putih sepanjang berlangsungnya acara Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 ialah Naim Daniel. Pelantun lagu Purnama ini memilih pereka fesyen yang baru saja menggondol anugerah Pereka Fesyen Lelaki Tempatan Terbaik di Kuala Lumpur Fashion Awards baru-baru ini, Kit Woo. Jaket bomber dan jogger denim serba putih ini sebenarnya merupakan salah satu busana yang ditampilkan dalam kempen fesyen Spring/Summer 2020 Kit Woo.
Wany Hasrita
oleh Khairi Sufi
Salah satu faktor penting yang membuatkan sesuatu gaya itu ‘menjadi’ adalah keselesaan dan penulis mendapati Wany Hasrita 100 peratus berada dalam elemennya sewaktu mempersembahkan lagu Cinta Khalayan dalam persalinan Khairi Sufi ini. Ringkas namun elegan, ronanya lembut persis penyanyi ini sendiri. Ia sekaligus menjadikan gaun biru langit ini layak dinobatkan sebagai salah satu stail terbaik di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik kali ini.
Floor 88
Energi yang dibawa oleh kumpulan Floor 88 sewaktu mempersembahkan lagu Chikadun merupakan cerminan kepada gaya eklektik mereka berenam. They were as colourful as the lyrical content put into this song! Setiap ahli tampil berbeza setelah digayakan oleh Ardi Idewani Zaini yang dibantu oleh Dino Omar.
Sissy Imann
oleh Nana Nasri
Well, well hello sassy girl Sissy!
Penerokaan fesyen Sissy Imann telah melalui momen di mana dia dipuji dan adakalanya terpaksa mengebalkan diri daripada kata-kata kejian.
ARTIKEL BERKAITAN : “Penampilan Anak Dikecam, Akulah Penyebabnya..” – Ayah Sissy Imann Respon Komen – REMAJA
Kebelakangan ini, penulis merasakan Sissy Imann semakin selesa mencuba pelbagai genre stail. Seperti yang diperkatakan tadi, keselesaan adalah kunci utama kepada kejayaan sesuatu ‘look’ dan selebriti versatil ini IS ALL THAT sebagai pengacara Separuh Akhir Muzik Muzik 36 hujung minggu lalu. Sissy menyarungkan gaun bergeometri dengan percikan warna meriah rekaan Nana Nasri. REMAJA difahamkan ia diinspirasikan daripada corak badan serta ekor ikan laga liar atau Wild Betta.
*
Korang setuju dengan 10 gaya pilihan REMAJA ini?
ARTIKEL BERKAITAN : 8 Stail Pilihan REMAJA Di AJL33 – Siapa Paling Lit?! – REMAJA
BACA LAGI : Solekan SUKI LOW Memang Onz Pada Minggu Ke-6 Gegar Vaganza! Jom Tiru – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.