Produk makanan dan minuman dari Korea antara yang sering mendapat perhatian daripada masyarakat di Malaysia, khususnya kepada anak muda. Lambakan produk makanan Korea yang banyak dijual di pasaran membuatkan kita rambang mata dengan seleksi pilihan yang ditawarkan.
Namun begitu, bagi masyarakat yang beragama Islam, kita seharusnya memastikan terlebih dahulu sama ada produk makanan atau minuman yang dijual itu halal atau tidak.
Bukan semua pasar raya atau pun kedai akan mengasingkan produk mengikut bahagian halal atau tidak, makanya dah jadi tanggungjawab kita untuk menyemak status halal terlebih dahulu.
Menurut satu hantaran yang dibuat oleh pengguna Facebook, Norzaifitri Zainal telah berkongsi bahawa terdapat air minuman yang dijual di kedai serbaneka 7-eleven dikatakan tidak halal.
“Apa yang dikongsikan ini adalah saya perolehi daripada grup WhatsApp. Mungkin pihak tertentu boleh siasat dan tentukan status sebenar air minuman tersebut,” jelasnya.
Kejadian itu berlaku apabila seorang budak perempuan lingkungan umur 10 atau 11 tahun memilih air minuman daripada chiller kedai tersebut.
Sambil individu itu ingin mengeluarkan wang di ATM, terdengar cashier berkata kepada budak perempuan itu, “Air ini tak halal dik”. Mujur budak itu pun mendengar kata dan memahami apa maksud tidak halal dan dihantarkan semula air tersebut ke tempat asal.
Bila dilihat semula air minuman yang ingin dibeli oleh budak perempuan itu, tidak hairanlah kenapa dia memilih untuk membelinya kerana botolnya yang cantik dan comel.
Individu itu pun bertanya kepada cashier di kaunter, katanya vendor sendiri mengatakan bahawa air itu tidak halal. Dia bertanya kenapa tidak diletakkan di tempat air beralkohol? Namun, cashier itu menjawab air minuman tersebut tidak mengandungi alkohol.
Tidak pasti status sebenar air minuman tersebut sama ada halal atau tidak, tetapi harapnya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) boleh membuat tinjauan bagi memastikan status air minuman tersebut.
Sebaiknya, jika ingin membeli makanan atau minuman, semak dahulu cop halal pada bungkusan. Kalau rasa was-was, elakkan daripada membeli okay?
Sumber: Norzaifitri Zainal via Info Runner Semalaya