
Trend minuman popular, Boba Milk Tea akhirnya membuat kemunculan pertamanya di dalam sistem pengangkutan awam.
Di atas kapal terbang, no less. Kelas kau!
Syarikat penerbangan tambang murah iaitu AirAsia Thailand serta AirAsia X Thailand mengumumkan menu terbaru mereka di atas pesawat iaitu minuman Boba Tea, melalui akaun Facebook dan Instagram.
Wow. Nampaknya Boba Milk Tea bukan saja trend yang digemari di Malaysia tetapi juga di negara jiran. Cabang AirAsia tersebut menjadi yang pertama dalam ‘keluarga’ AirAsia untuk menawarkan Boba Tea pada harga BAHT 75 ataupun RM10.
Tak adalah mahal sangat kan berbanding menu atas pesawat lain.
Untuk pengetahuan, bubble yang digunakan diperbuat Konjac iaitu tanaman popular di rantau Asia Tenggara.
Ia dilaporkan membantu mengurangkan kadar gula dan kolestrol. Tak adalah pelanggan takut-takut nak order Boba Milk Tea atas faktor kesihatan.
Buat masa ini, masih belum ada ura-ura pesawat AirAsia dan AirAsia X dari Malaysia menawarkan Boba Milk Tea.
Tapi kalau ada dalam masa terdekat ini, memang terbaiklah!
Ini Sebab Mengapa Tidur Dalam Kereta Terpasang Penghawa Dingin Boleh Membunuh

Hari ini kita menerima berita yang cukup menyayat hati dari Sabah apabila dua orang remaja ditemui meninggal dunia di dalam kereta. Kedua-dua mangsa yang berusia 19 tahun ditemui mati di dalam sebuah kereta Perodua MyVi di Kinabatangan, Sabah oleh penduduk setempat kira-kira jam 11.40 pagi semalam.
Menurut laporan ketika pihak polis tiba di lokasi enjin kereta mereka masih hidup. Cubaan untuk mengejutkan mereka pada awalnya gagal kerana disangka masih tidur dan mereka tidak memberikan apa-apa tindak balas.

Sejurus dengan itu sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan segera dikejarkan ke tempat kejadian. Setelah usaha membuka pintu gagal, pihak Bomba dan Penyelamat tiba untuk memberikan bantuan.
Selepas pintu berjaya dibuka mereka didapati masih tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kinabatangan.
Kedua-dua remaja tersebut telah dikenal pasti dan mereka ialah Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad.
BACA: Cetek Tapi Lombong Ini Sudah Korbankan 14 Nyawa Dalam Tempoh 2 Bulan
Punca kematian mereka masih sedang dalam siasatan namun ramai pakar percaya berkemungkinan besar mereka telah maut akibat kekurangan oksigen dan keracunan gas karbon monoksida.
Sebenarnya sudah banyak kes yang melibatkan kejadian kematian seperti ini berlaku. Jadi bagaimanakah ia berlaku?
Seseorang boleh berdepan kematian jika terus bernafas dengan udara sama yang dikitar di dalam kereta. Selain itu jika berlaku kebocoran asap kereta yang masuk ke dalam juga boleh membunuh secara senyap. Dalam kebanyakan kes, kebocoran beginilah yang menjadi punca kematian utama yang melibatkan tidur dalam kereta dengan penghawa dingin terpasang. Bila karbon monoksida masuk ke dalam kereta kandungan oksigen akan turun dengan mendadak.
Apa yang membuatkan karbon monoksida sangat bahaya ialah ia tidak mempunyai apa-apa bau lalu menyebabkan mangsa tidak mengetahui bahawa udara yang mereka sedut itu cukup sangat berbahaya.
Korang mungkin tertanya bagaimana gas karbon monoksida boleh membunuh?
Apabila kita menyedut karbon monoksida ia akan menurunkan kemampuan darah untuk membawa oksigen di dalam sel, lalu menyebabkan ia mati kerana kekurangan oksigen.
Selain keracunan gas karbon monoksida, kerosakan penghawa dingin juga boleh menjadi penyebab. Apabila rosak ia tidak dapat mengitar udara segar di dalam kereta lalu menyebabkan kandungan karbon dioksida meningkat.
Oleh itu periksa dan servis mengikut masa penghawa dingin kereta korang jika ingin mengelak perkara begini berlaku.
REMAJA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takiah buat kedua-dua keluarga mangsa.
Kekangan Gajet Dan Internet Bukan Alasan, Pelajar Cemerlang SPM 10A Ini Siap Dapat Motosikal

Mesti banyak cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh para pelajar sewaktu belajar di alam maya. Malah bukan semua pelajar bernasib baik dapat belajar secara ‘online’ dengan baik.
ARTIKEL BERKAITAN : 5 Tips Belajar Secara ‘Online’ Tanpa Gangguan, Ini Perkongsian Dr Amalina Bakri Yang Korang Boleh Try

Namun, hal ini tidak menjadi alasan dan mematahkan semangat bagi Nur Tasnim Mohd Fadzli, 18, apabila terpaksa berkongsi gajet untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian. Malah, beliau membuktikan usahanya berbaloi apabila dia meraih 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Lebih menarik, pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Daeratul Maarifil Wataniah (DMW), Kepala Batas, Pulau Pinang itu meraih hadiah berganda apabila menerima sumbangan berupa motosikal Modenas Kriss sumbangan kelab motosikal, Northern Pulsar Crew (NPC) sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR), hari ini.
Menurut Nur Tasnim, dia tidak menyangka akan memperoleh 10A kerana terpaksa bergelut untuk membuat ulang kaji secara atas talian berikutan kekangan dari segi kemudahan internet.
Apa tidaknya, dia terpaksa berkongsi satu gajet dengan dua adik berusia 10 dan 16 tahun yang turut membuat ulang kaji atas talian ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
“Masa COVID memang betul-betul (mencabar) sebab dari form four pun dah start PKP lepas tu form five pun sama memang sangat-sangat mencabar. Belajar online sebab kadang-kadang internet lepas tu kena share gajet dengan adik, adik ada dua orang, kena berebut juga lah…macam susah bila ada kat rumah sebab ada adik-adik,” katanya.
Nur Tasnim anak kedua dari empat beradik memberitahu dia akan menggunakan motosikal yang diterimanya apabila melanjutkan pelajaran kelak.
Menurut laporan Astro Awani, dia yang ditemani ibu bapa, Mariyatulkhetiah Mohamad, 47, dan Mohd Fadzli Abdul Rahman, 49, berhasrat melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang Syariah untuk mengejar cita-cita bergelar pensyarah.
Sementara itu, Pengarah Projek CSR NPC, Mohd Akmal Rosli memberitahu, program sumbangan motosikal kepada pelajar cemerlang dirancang sejak hujung tahun lalu sebagai dorongan kepada calon yang bakal menduduki SPM.
Ia adalah sebahagian program CSR yang terpaksa dihentikan dua tahun lalu susulan COVID-19.
“Nasihat saya kepada penerima ini (motosikal) bila ada motor ini diguna ke arah kebaikan. Lepas tu kalau kata sambung belajar kat mana-mana pun motor inilah boleh guna untuk harian dan juga jadi lebih berjaya lagi untuk masa-masa depan,” katanya.
Tahniah kami ucapkan kepada adik Tasnim, moga terus berjaya di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Saya Tak Akan Pertikaikan Ajai” Hafiz Zainal Enggan Mengaku Kalah

Selepas episod pertama program Big Stage 2020, kami berani katakan bahawa musim ini telah bermula dalam keadaan yang agak tegang.
Para juri tetap nyata tidak memberikan peluang kepada para peserta untuk membuat kesalahan. Sebarang isu sebutan, lontaran suara dan persembahan pentas yang kurang menarik akan diperkatakan oleh mereka demi memberikan komen yang jujur.
Dalam banyak-banyak komen yang diterima peserta, rasanya tiada komen yang dapat menandingi kata-kata salah seorang juri tetapnya, Ajai terhadap Hafiz Zainal.
“Bila dah sumbang, cuba hum sehinggga dapat key yang betul. Atau kalau awak buat pengsan pun best,” kata Ajai menutup komen panjang lebarnya semalam kepada Hafiz.
Ouch.
Ini Komen Balas Hafiz Zainal
Tentunya, ramai yang menantikan apakah reply daripada Hafiz kepada komen yang agak pedas itu. Iyalah, dekat atas pentas program bersiaran langsung, tentulah peserta hanya akan senyum ‘ketat’. Tapi di belakang pentas….Hehe.
Menariknya, Hafiz enggan mengaku kalah selepas mendapat komen tersebut dan ingin memperbaiki lagi kelemahan nyanyian ‘sumbang’ yang diakui olehnya sendiri.
“Saya tak akan pertikaikan komen yang diperkatakan oleh abang Ajai tadi (semalam). Lagipun dia berada di sini atas kapasiti sebagai seorang yang profesional. Seperti yang dia cakapkan tadi, kami semua (peserta Big Stage 2020) di sini untuk belajar dan perbaiki kelemahan yang ada.
“Minggu ini mungkin saya ada kekurangan, tetapi minggu hadapan datang cabaran dan peluang yang baru pula. Jadi saya cuba lakukan yang terbaik,” jelasnya.
*
Berkenaan komen Ajai ‘lebih baik pengsan’ pula, Ajai tidak mudah melatah dengan pertanyaan media terhadapnya semalam. Malah, juri kontroversial itu beranggapan ia hanyalah satu bentuk gurauan.
“Komen itu hanyalah gurauan dari pihak saya. Dalam keadaan tegang di atas pentas, saya cuba untuk meredakan tension yang sedang dia hadapi. Tetapi saya tak bermaksud yang tidak baik. Itu hanyalah gurauan pada akhir komen saya.”
Menerusi video yang dikongsikan oleh Hlive semalam menerusi akaun Instagram, Ajai dilihat kembali duduk semeja dengan Hafiz Zainal selepas tamat sidang media di PICC.
Kata beliau, komen dan markah yang diberikan kepada Hafiz adalah semata-mata berdasarkan kepada persembahan peserta itu semalam.
“Dekat mana awak nak saya beri poin? So it is fair. Mana tahu next week awak tak nervous and you will have a good one. No hard feelings ya,” katanya sebelum berjabat tangan dengan doktor gigi itu.
*
Apapun, episod pengenalan Big Stage semalam nyata bertukar tular apabila babak pemberian 2 markah oleh Ajai kepada Hafiz semalam tidak dapat diterima oleh rata-rata penonton.
Big Stage Minggu 1 : Amir Hasan Kena ‘Prank’ Tersingkir, Ajai Pula ‘Tibai’ Hafiz Zainal