
Berita baik untuk korang yang dah rindu nak pergi travel, AirAsia telah melancarkan Pas Tanpa Had baharu bagi menyokong pelancongan domestik di Malaysia.
Pas Tanpa Had AirAsia Cuti Malaysia ditawarkan dengan harga RM399 bagi semua ahli AirAsia BIG atau menerusi aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 sehingga 13 Jun 2020. Sekiranya korang membuat pembelian sekarang, korang boleh memulakan perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan dengan pas tanpa had ini, korang boleh rujuk kepada laman web AirAsia.
Penerbangan yang ditebus dengan Pas Tanpa Had tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum waktu perlepasan, serta terdapat tempoh embargo dan terma dan syarat lain yang dikenakan.
Selamat bercuti!
Neelofa Tersipu Terima Bunga & Pujian Daripada Kru Kabin AirAsia

Aww, walaupun penulis tak pernah lagi diberikan bunga di dalam kabin penerbangan, tapi penulis boleh bayangkan betapa segan-tapi-bangga jika ia berlaku kepada sesiapapun. Semalam, hanya Noor Neelofa saja yang tahu bagaimana perasaan tersebut.
Dalam perjalanan menaiki penerbangan AirAsia AK710 dari Singapura ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis anugerah Women Of The Future South East Asia, Neelofa yang sedang duduk selesa di bahagian kelas ekonomi telah dikejutkan dengan satu pengumuman oleh kru kabin.
Ia berbunyi, “Kami mempunyai satu pengumuman istimewa untuk dibuat. Penerima anugerah Woman of Future South East Asia baru saja pulang dari acara tersebut semalam di Singapura. Anugerah ini mengiktiraf ‘young female stars‘ dengan pencapaian yang membanggakan.
“Mereka juga terus-menerus memperkasakan kedudukan dan kesungguhan wanita sebaya, lalu membanggakan semua wanita di seluruh dunia.”
Sambil Neelofa terus tersipu malu di tepi, kru kabin meneruskan ucapan, “Salah satu kategori anugerah tersebut adalah untuk creative rising stars di dalam industri seni. Hari ini, kami berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada Cik Noor Neelofa untuk pencalonan anugerah Woman Of The Future untuk kategori Arts & Culture rantau Asia Tenggara.
“Mewakili AirAsia, kru kabin ingin menawarkan sejambak bunga sebagai tanda tahniah. Kami amat berbangga dengan pencapaian kamu.”
Comel je Neelofa apabila dia cuba untuk bangun dari tempat duduk untuk menerima jambakan tersebut, but end up, hanya berdiri separuh saja (mungkin kerana ruang kaki tempat duduk yang tidak mengizinkan). Hehe..
Selain mengucapkan terima kasih dan “Oh my goodness, this is so..”, dia juga sempat untuk bergambar bersama semua kru kabin selepas penerbangan itu selamat tiba di Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan korang, kategori Arts & Culture ini mengiktiraf penglibatan dan kerja keras individu kreatif dan rising stars dalam kalangan penggiat seni seperti pelakon, produser, pengacara, penari dan sebagainya.
Neelofa dicalonkan bersama 6 lagi wanita hebat dalam kategorikan tersebut melalui tiket sebagai pengasas dan pengarah pengurusan NH Prima International Sdn Bhd (Malaysia). Pemenang kategori Arts & Culture pada tahun ini ialah Laura Lam dari Kemboja. Wakil Malaysia yang turut tercalon dalam kategori sama ialah pelakon dan penyanyi, Hannan Azlan.

Dalam beberapa posting yang dimuat naik oleh Neelofa pada malam anugerah tersebut, dia menyebut mengenai perasaan bangga untuk menjadi salah seorang daripada calon wanita dari Malaysia.
“Saya dapat mendengar cerita kejayaan wanita hebat di sini, dan ia mengingatkan saya bahawa kita bertuah dapat hidup dalam zaman di mana usaha keras golongan wanita selalu diiktiraf. Saya merasa kecil apabila berdiri bersebelahan mereka namun ia memberikan motivasi kepada saya untuk sentiasa berusaha lebih baik pada masa akan datang.
Indahnya Maksud Nama Peserta Ratu Hijabista! Ada Yang Sama Dengan Korang?

Pada zaman sekarang ini, semua orang hendakkan nama yang sedap didengar, cool enough untuk disebut dan hebat untuk dijadikan sebagai ‘branding’ masing-masing.
Iyalah, senang sikit nak dijadikan jenama bila dah buka bisnes nanti.
Namun, dalam pada kita ghairah untuk menukar nama , kita seharusnya ingat bahawa nama juga adalah doa kepada diri kita sendiri. Setiap kali ada yang memanggil nama kita, itu adalah satu bentuk doa.
Kita suka sangat untuk menukar nama atau memendekkan nama sendiri terutamanya di media sosial. Dari Azwan jadi Juan, dari Sabrina jadi Sabby.
Nama yang baik terus menjadi nama yang tiada makna. Mengapa tidak kita berbangga dengan nama kita dalam ejaan dan makna penuh?
In fact, kami tertarik dengan makna di sebalik nama peserta program realiti TV baharu di Astro Prima iaitu Ratu Hijabista.
Secantik empunya diri, nama mereka juga mempunyai makna yang cantik! Jom tengok sekiranya ada di kalangan korang yang mempunyai nama yang sama dengan mereka.
*
Haa, siapa peserta kegemaran korang buat masa ini?
Episod pertama telahpun bersiaran sebentar tadi tanpa penyingkiran. Ikuti episod kedua pada hari Rabu minggu hadapan, jam 9.00 malam di saluran Astro Prima.
12 Finalis Pencarian Ratu Hijabista Telah Pun Dipilih, Siapa Bakal Bergelar Juara?
Buku ‘Pink’ Sahkan Teka-Teki, Ernie Zakri-Syamel Bakal Timang Anak Sulung

OMG tahniah!
Ibarat mengambil keberkatan penghulu segala hari, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama. Menerusi muat naik di Instagram Ernie dan juga Syamil sebentar tadi, pasangan penyanyi bersuara lunak itu telahpun berkongsi gambar memegang buku ‘pink’ rekod ibu dan bayi.
Keduanya pasangan ini, menulis kapsyen ringkas dengan mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas rezeki yang diberikan kepada mereka. Pasangan ini juga memohon agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Untuk info pasangan ini selamat diijabkabul pada Mac lepas, ramai yang membuat spekulasi bahawa Erni Zakri sedang berbadan dua kerana makin nampak berseri-seri seperti seri ibu hamil.
Selepas beberapa ketika bermain teka-teki, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi menerusi perkongsian ini.
Seperti dijangka, muat naik tersebut mendapat ucapan tahniah dan doa yang baik-baik daripada para peminat dan rakan artis.
Apa yang pasti, pasangan ini cukup sweet di mata kami dan tahniah kami ucapkan buat Ernie Zakri dan Syamel!
Sumber: Instagram Ernie Zakri, Syamel