AirAsia Tidak Lagi Boleh ‘Duduk Diam’, MYAirline Sasar Tambang Lebih Murah & Tepati Waktu Mulai 2023

Share

 

Jujurnya, bukanlah suatu perkara baharu sekiranya korang mendengar aduan-aduan yang telah dikemukakan oleh penumpang syarikat penerbangan tambang murah AirAsia selama ini; khususnya di platform media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN : AirAsia Kenakan Semula Surcaj Bahan Api, RM10-RM60 Bagi Penerbangan Domestik & Antarabangsa – REMAJA

Soal waktu penerbangan yang ditangguhkan selama beberapa jam seakan sudah menjadi kebiasaan. Belum lagi menyentuh soal pemulangan semula wang atau kredit terhadap tiket penerbangan yang terpaksa dileburkan sepanjang musim pandemik dua tahun yang sudah.

BACA LAGI : “AirAsia Sudah Membuat Bayaran Balik Kepada Hampir Semua Pelanggan Terjejas,” – Tony Fernandes Beri Penjelasan – REMAJA

Begitupun semua kegusaran itu mungkin sekali akan berubah apabila AirAsia kini tidak lagi boleh berduduk diam dengan kehadiran saingan syarikat tambang murah terbaru di Malaysia, MYAirline.

MYAirline sedang merancang operasi mereka bermula awal tahun 2023 dan khabarnya akan cuba mengatasi segala tawaran serta perkhidmatan yang disediakan oleh AirAsia!

Antaranya termasuklah menjual tiket penerbangan dengan tambang yang lebih rendah, memberikan sokongan khidmat pelanggan dengan lebih efisyen pada masa nyata (real time) dan juga menyediakan penerbangan yang menepati masa!

FOTO
: Facebook MYAirline
FOTO : Facebook MYAirline

Tambah menggusarkan buat pihak AirAsia adalah apabila MYAirline juga telah merekrut beberapa bekas pegawai eksekutif tertinggi AirAsia dalam usaha untuk memperolehi perkongsian pengalaman dan maklumat penting untuk mengukuhkan syarikat baharu itu dalam industri penerbangan tambang murah yang sengit saingannya.

Lapor Nikkei Asia, ini termasuklah Ketua Penasihat Eksekutif MYAirline, Kathleen Tan yang pernah berkhidmat di bawah pengurusan pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes selama 13 tahun. Turut menyertai mereka ialah Izwan Razak yang pernah menjawat posisi pengurus operasi kabin bersama AirAsia selama 17 tahun.

Kathleen Tan (tengah) bersama pasukan petugas MYAirline. FOTO : Facebook MYAirline

Dengan jolokan sebagai penerbangan yang menyediakan ‘Tambang Ultra Rendah’, sama-samalah kita nantikan berapa murah tiket yang ditawarkan MYAirline ini. Sebagai permulaan, mereka akan menyediakan tiga pesawat bersaiz kecil Airbuds A320 terpakai. Namun untuk liima tahun akan datang, MYAirline menyasarkan untuk berkembang kepada 50 buah pesawat.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ