Selepas dua tahun pandemik COVID-19 yang menyekat perjalanan ke luar negara, kini industri pelancongan nampaknya sudah mula ‘bernafas’ kerana sedikit demi sedikit penerbangan ke luar negara sudah pun dilancarkan.

Terbaharu, syarikat penerbangan AirAsia X (AAX) telah pun kembali dan bakal membuat penerbangan baharu ke London, Dubai dan Istanbul. Sasaran itu adalah berdasarkan kepada penyambungan semula operasi penerbangan jarak jauh pada awal tahun ini.

BACA: “AirAsia Sudah Membuat Bayaran Balik Kepada Hampir Semua Pelanggan Terjejas,” – Tony Fernandes Beri Penjelasan

AirAsia X Kembali, Tawar Penerbangan Ke London, Dubai & Istanbul
Foto: Berita Harian

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, usaha ini dilakukan seiring dengan peningkatan semula permintaan untuk perjalanan jarak jauh disebabkan banyak negara sudah mula membuka kembali pintu sempadan antarabangsa mereka.

Ads

AAX menawarkan penerbangan ke tujuh laluan popular dari Kuala Lumpur ke New Delhi, Sydney, Seoul, Tokyo, Sapporo, Osaka, dan dari Osaka ke Honolulu. Korang sudah mula boleh membuat pembelian secara online hingga 26 Jun depan untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2022 hingga 26 Mac 2023.

Harga tiket penerbangan yang ditawarkan bermula daripada RM499 (tambang sehala) untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed.

BACA: AirAsia Kenakan Semula Surcaj Bahan Api, RM10-RM60 Bagi Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Ads

Ha, mesti ramai yang sudah merindui pengalaman melancong ke luar negara kan? Korang dah boleh mula cari tiket penerbangan sekarang. Selamat bercuti!

Sumber: (1)

Ads

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=c_utOMz9V4o&list=PL_R6hQ5tkODLdU7Obr3safbIdpJ8caa5Z&index=6&t=2s

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI