Ads
Home Inpirasi Motivasi AirBus Dedah Foto Lokasi Satelit MEASAT-3d Di Perancis, Tak Sabarnya!

AirBus Dedah Foto Lokasi Satelit MEASAT-3d Di Perancis, Tak Sabarnya!

Ads
(Dari kiri) : Lokasi pelancaran satelit MEASAT-3d menggunakan pelancar Ariane. (Kanan) Imej MEASAT-3c yang kini telahpun berada di orbit yang ditetapkan.

 

Awal Jun lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai persediaan Malaysia untuk melancarkan satelit komunikasi terbaru negara pada 22 Jun 2022 ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Satelit Ke-10 Malaysia Bersedia Dilancarkan 23 Jun Ini, Mampu Bertahan Lebih 19 Tahun – REMAJA

Satelit yang dinamakan sebagai MEASAT-3d ini dibina oleh Airbus dan bakal dilancarkan dengan menaiki roket Ariane 5 dari Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, Guiana Perancis.

Menjelang tarikh bersejarah dalam dunia sains, teknologi maklumat dan komunikasi serta dunia penyiaran Malaysia itu, pihak Airbus telahpun berkongsi foto lokasi di mana mereka membina MEASAT-3d yang dikapsulkan pada pelancar Ariane 5.

Ads
AirBus Dedah Foto Lokasi Satelit MEASAT-3d Di Perancis, Tak Sabarnya!
Sumber Foto : Airbus Defence and Space

Satelit itu kini telahpun berada di lokasi yang sedia untuk dilancarkan mengikut jadual.

Ketua Satelit Telekomunikasi di Airbus iaitu Francois Gaullier berkata, ““MEASAT-3d dibina berasaskan kepada platform satelit Eurostar kami yang amat dipercayai. Sejumlah 58 buah satelit yang kini berada di orbit kami telah mencatatkan kejayaan beroperasi selama lebih 1000 tahun. MEASAT merupakan pelanggan utama kami dan kami menantikan detik di mana teknologi satelit canggih ini akan menyokong dan memacu perniagaan mereka di masa hadapan.”

MEASAT-3d dijangka mampu beroperasi melebihi tempoh 19 tahun dan direka untuk memiliki keupayaan kuasa elektrik sebanyak 12kW pada penghujung hayatnya.

Ads

Menariknya, ia akan diletakkan pada slot orbit 91.5°E dan akan bergandingan dengan MEASAT-3b yang juga dibina oleh Airbus sebelum ini. Ia dilengkapi Jalur Frekuensi C, Ku, Ka, Jalur Q/V (yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik) dan Jalur L bagi Korea Augmentation Satellite System (KASS) untuk KTSAT.

MEASAT-3d akan membantu mempertingkatkan tahap kelajuan jalur lebar dengan signifikasi mencapai hingga 100 Mbps di kawasan tanpa rangkaian atau dengan tahap rangkaian terhad di seluruh Malaysia. Di samping itu, ia juga akan terus membekalkan lebihan dan kapasiti tambahan bagi penyampaian video HD, 4K, dan akhirnya 8K di rantau Asia-Pasifik.

Ads

Hebat kan!

Tak sabar pula rasanya untuk menantikan detik pelancaran MEASAT-3d.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=c_utOMz9V4o&list=PL_R6hQ5tkODLdU7Obr3safbIdpJ8caa5Z&index=6&t=2s

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI