Ais Krim Terbaru Unicornetto, Cute Sangat!

Share

Sebut saja ais krim, jangan kata kanak-kanak, orang dewasa pun kecur air liur bila terbayangkan keenakannya. Lagi-lagi bila musim panas, rasanya tak ada siapa yang menolak jika ada yang offer nak belanja makan ais krim kan?

Sudah tentu korang ada favorite

ais krim yang memang dari dulu jadi pilihan. Bagi kami ais krim paddle pop pelangi tu memang legend. Tiap kali mak bawa pergi kedai, confirm ais krim tu yang jadi rebutan.

Tapi kalau kita tengok sekarang, dah macam-macam jenis ais krim yang ada di pasaran. Semuanya nampak sedap. Macam mana la nak tahan nafsu kan?

Terbaru, ais krim unicornetto telah pun berada di pasaran Malaysia dan kami jamin kalau korang tengok pun rasa sayang nak makan sebab comel sangat. Hiks!

Uncornetto pada mulanya menjadi kegilaan di Thailand sehingga mencuri tumpuan masyarakat di UK dan kini, rakyat Malaysia sendiri boleh menikmatinya tanpa batasan.

Gabungan Cornetto Rainbow Pop, Classic Vanilla, Classic Chocolate dan Royal Chocoluv menjadikan ais krim ini cukup istimewa, dilengkapi dengan packaging

ungu cahaya hologram yang sangat cute. Ia juga mempunyai ilustrasi hak unicorn di sebalik perkataan yang berkilauan!

Tak perlulah lagi kami nak terangkan keunikan ais krim ini, korang beli dan rasalah sendiri. Baru puas hati..

Kredit foto: Instagram

Published by
Noor Ain Norman