Personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aisar Khaledd baru-baru ini telah pun membuat panggilan prank kepada rakan-rakan selebritinya dengan tujuan untuk meminjam duit.
Aisar berpura-pura ingin meminjam duit daripada rakan-rakannya dengan alasan sedang sesak kerana belum mendapat bayaran daripada kliennya. Jelas Aisar lagi, video ini adalah untuk menunjukkan erti persahabatan sebenar dimana kita boleh melihat siapa kawan yang akan membantu tatkala kita berada dalam kesusahan.
Antara yang dihubungi adalah finalis Hero Remaja 2017 Safwan Nazri, Harris Annuar dan Ikmal Amry. Video yang dimuat naik di channel
YouTubenya semalam telah pun mendapat lebih daripada 60,000 tontonan dengan hampir 600 komen.Walaupun pada mulanya mereka seakan terkejut apabila menerima panggilan tersebut secara tiba-tiba, namun semuanya bersikap ‘sporting’ dan sanggup memberikan wang seperti yang diminta oleh Aisar.
Mereka langsung tidak nampak berkira, tetapi apa yang menarik perhatian kami adalah perbualan diantara Aisar dan Ikmal Amry.
Aisar: Kau tau tak payment aku semua tak masuk lagi dowh, boleh tak kalau aku nak pinjam duit kau Am?
Ikmal Amry: Pinjam duit? Hm, boleh tapi sampai beribu-ribu ke? Aku pun macam nak kahwin kan. Nak kena simpan duit
Mendengarkan perbualan ini, kami seakan memahami kesungguhan Ikmal Amry yang sedang berkerja keras untuk menyimpan duit kerana ingin berkahwin pada akhir tahun ini. Hiks!
Walau bagaimanapun, Ikmal masih lagi sudi memberikan wangnya untuk dipinjamkan kepada Aisar.
Hm, kawan macam ni la yang kita cari kan? Hehe!
Selain daripada finalis Hero Remaja 2017, video panggilan prank ini turut dilakukan pada Aedy Ashraf, Didie Astilah dan Syasya Rushdiena.
Paling best adalah mesej yang ditinggalkan oleh Aedy Ashraf iaitu “Jangan kedekut dengan kawan-kawan, kalau orang mintak tu bagi je”.
Memang win la apa yang dipesan oleh Aedy Ashraf ni. Hiks!
Korang boleh tonton video penuh dibawah untuk melihat gelagat mereka.
Orang kata kawan ketawa memang ramai, tapi nak cari kawan menangis tu yang susah. So, kalau korang memang mempunyai kawan yang ada diwaktu susah dan senang, jagalah mereka sebaiknya ya?
Sumber: Aisar Khaledd