Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno bersyukur apabila impiannya untuk melakukan persembahan gimnastik di atas pentas tercapai.
Berkata kepada Remaja, penyanyi lagu popular Sutera itu turut mendedahkan dirinya akan menceburi bidang sukan tersebut seandainya namanya tiada tempat di industri muzik tanah air.
ARTIKEL BERKAITAN: Songstress of the Moment: AISHA RETNO Buka Cerita Kejayaan Sutera – Isu Digital Mac 2024
“Sebenarnya ketika saya kanak-kanak, saya mengambil kelas ballet kerana saya sangat sukakan tarian itu. Jadi, untuk persembahan pada malam ini saya cari yang sangat dekat dengan ballet iaitu gimnastik.
“Saya juga sebenarnya ada tanam impian jika tidak dapat menjadi seorang penyanyi mahupun seorang penghibur, saya ingin ceburi dalam bidang gimnastik,” katanya ketika ditemu bual.
Pada masa sama, Naib Juara Anugerah Juara Lagu (AJL38) itu menzahirkan rasa gembira apabila cita-citanya untuk melakukan persembahan yang disuntik sedikit sukan gimnastik termakbul.
ARTIKEL BERKAITAN: “Pakailah ‘Braces’ Kalau Nak Diet…” -Aisha Retno Tepis Dakwaan Ambil Bahan Terlarang
“Tapi sekarang dah ‘terlajak’ tua kerana dah dah masuk usia lebih 20-an. Ia kerana, untuk mula ceburi dunia gimnastik ketika usia sebegini dah terlambat.
“Maka saya kabulkan keinginan saya untuk lakukan persembahan gimnastik dalam program ini. Terkabul dah impian saya Alhamdulillah,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Aisha memperoleh markah keseluruhan 88.34% untuk minggu kedua program realiti terbaharu, The Hardest Singing Show.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.