Aishwarya Rai
Aishwarya Rai

Aishwarya Rai, nama yang tidak asing lagi dalam dunia Bollywood dan antarabangsa, baru-baru ini mencetuskan spekulasi apabila beliau dilihat menggunakan nama asalnya tanpa ‘Bachchan’

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Young Lisa’, Anak Perempuan Aishwarya Rai Disamakan Dengan Lisa Blackpink

Aishwarya Rai mencetuskan semula dakwaan mengenai perceraiannya dengan Abishek Bachchan selepas muncul di acara Global Women’s Forum di Dubai dengan menggunakan nama ‘Aishwarya Rai’ dan bukannya ‘Aishwarya Rai Bachchan’.

Ads

Tampil cantik menyerlah dalam ensembel biru, Aishwarya membuatkan ramai yang terkejut apabila dia dipanggil tanpa menggunakan nama suaminya, Abishek Bachchan. Bukan itu sahaja, skrin di bahagian belakangnya juga hanya menulis namanya sahaja.

Tetapi  ini bukan kali pertama Aishwarya tidak menggunakan nama keluarga Abishek iaitu ‘Bachchan’. Sebelum ini dia pernah mengumumkan nama ‘Aishwarya Rai’ sahaja apabila menghadiri SIIMA Awards bersama anak perempuannya, Aaradhya Rai Bachchan.

Ads
Aishwarya Rai Muncul Tanpa Nama Keluarga ‘Bachchan’. Status Diri Jadi Tanda Tanya?
Aishwarya Rai

Secara tidak langsung, situasi tersebut telah menimbulkan kerisauan ramai mengenai spekulasi perceraian di antara Aishwarya dan Abishek.

Walau bagaimana pun, pasangan ini sehingga sekarang tidak memberikan sebarang jawapan mengenai khabar angin perceraian mereka.

BACA :  Dafi Tampil Dengan Imej Kurus Dan Cengkung, Netizen Bimbang Tahap Kesihatan – ” Rindu Dafi Yang Dulu..”

Ads

Sumber : Astro Awani

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI