Sumber Foto Hiasan : Pengguna Instagram

 

Sekilas pandang saja, hati terus terpaut untuk mengahui dari mana ia boleh dibeli!

Sekali lagi, jenama aiskrim popular, Cornetto tampil dengan idea menarik untuk pelanggan setianya.

Kali ini, ia hadir dalam bentuk aiskrim yang digelar sebagai Cornetto Love Rose. Obviously, keunikannya terserlah disebabkan rupanya yang mirip bunya mawar. Namun jangan tertipu dengan warna merah jambunya yang cukup sweet. Ia tidak berperisa strawberi, sebaliknya ia menawarkan perisa buah pic.

Aiskrim Bentuk Ros Ini Tular Kerana Nampak ‘Sweet’, Tapi Sedap Tak?

Ads

Rasa uniknya tidak terhenti di situ kerana ia mempunyai campuran beberapa lagi perisa pada bahagian dalam yang menjadikannya unik serta berkrim. Dengan setiap gigitan, korang akan dikejutkan dengan perisa vanila dan curahan sos coklat di bahagian dalam serta pada dasarnya.

Aiskrim Bentuk Ros Ini Tular Kerana Nampak ‘Sweet’, Tapi Sedap Tak?
Sumber Foto : Instagram @adrianaxfood

Jika korang pernah melihatnya di media sosial, itu kerana bentuk bunga mawar pada aiskrim cukup Instagrammable dan cantik dijadikan sebagai prop bergambar. Cornetto Love Rose ini juga memberikan kami idea untuk menghadiahkannya kepada pasangan sebagai pengganti bunga segar sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN : Aiskrim ‘Canak Ke Langit’ Dari Myeongdong Bakal Ada Di Malaysia – REMAJA

Ads

Menariknya gaiss, pelancaran Cornetto Love Rose sekarang turut disertakan dengan peraduan di Instagram yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

Aiskrim Bentuk Ros Ini Tular Kerana Nampak ‘Sweet’, Tapi Sedap Tak?
Sumber Foto : Instagram @chianchian916

Cara penyertaannya amatlah muda. Apa yang perlu korang lakukan adalah memuat naik foto kreatif ke Instagram peribadi bersama aiskrim Cornetto Love Rose di sebelah tangan dan melakukan bentuk hati atau mini love dengan tangan yang satu lagi.

Ads

Sertakan kapsyen dengan menjawab soalan ini : “Bersama siapakah ingin anda kongsikan Cornetto Love Rose ini?” Jangan lupa sertakan tag orang yang korang sayangi itu dan juga @wallsmalaysia. Pastikan kapsyen mempunyai tanda pagar #CornettoLoveRose dan #7ElevenMY. Semua entri juga memerlikan bukti pembelian bagi tujuan penyertaan.

Muat naik foto tersebut dari 14 November nanti hingga 25 Disember 2021 untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM16,000 termasuklah wang tunai dan baucar Touch & Go.

Haa, so jangan lupa dapatkan aiskrim Cornetto Love Rose di kedai runcit seluruh negara dan juga di platform e-dagang Lazada, Shopee dan PandaMart pada harga RM3.50 setiap satu. All the best korang!

BACA LAGI : Muzium Aiskrim Tarikan Terbaru Di Singapura, Wajib Pergi Lepas Sempadan Negara Dibuka – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI