Aiskrim ‘Canak Ke Langit’ Dari Myeongdong Bakal Ada Di Malaysia

Share

 

Setiap kali pelancong asing termasuklah dari Malaysia berkunjung ke Seoul Korea Selatan, pastinya mereka tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba aiskrim dari vendor jalanan bernama 32 Parfait.

Sumber Foto : Facebook.

Terletak di sekitar kawasan membeli-belah terkenal Myeongdong, 32 Parfait popular dengan rupa bentuk aiskrim ‘mencanak ke langit’ . Bukan mudah tau untuk menikmati aiskim setinggi 32 cm ini!

Namun disebabkan oleh rasanya yang sedap dan keunikan bentuk aiskrim, ramai tidak melepaskan peluang untuk mencuba aiskrim yang dijual pada harga 2,000 won atau kira-kira RM7.50 ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Remaja Ini Kongsikan 8 Snek Halal Untuk Dicuba Di Myeongdong, Seoul – REMAJA

Antara perisa yang ditawarkan pula termasuklah teh hijau, yogurt strawberi, campuran buah-buahan (seperti strawberi & mangga), vanila coklat, blueberry dan banyak lagi.

Sumber Foto : Facebook

Disebabkan sekatan perjalanan di antara negara, kita tidak lagi boleh ke Seoul buat sementara waktu ini untuk mencuba Parfait 32. Namun dalam diam, rupa-rupanya aiskrim tersebut bakal ‘datang’ kepada kita!

Menurut satu muat naik di akaun Facebook I Love Malaysian Food, Parfait 32 sedang bersiap sedia untuk membuka vendor pertamanya di Lot 10, Bukit Bintang. Ia betul-betul terletak di hadapan kafe Don Don Donki.

Sumber Foto : Facebook

Lebih menarik, vendor yang dikendalikan oleh syarikat Bubble Pop Sdn Bhd ini juga merupakan cawangan pertamanya di luar Korea Selatan.

Diharap, harganya masih lagi kekal seperti harga aiskrim yang dijual oleh mereka di Myeongdong, Seoul.

BACA LAGIPelajar Malaysia Kongsi Dorm Tour Di Kampus Korea, Macam Dalam K-Drama Tak? – REMAJA

Published by
FZ