Aiskrim Termahal Di Dunia, Siap Dapat Pengiktirafan Guinness World Records

Share

Ada duit semua boleh jadi.

Bagi mereka yang berkemampuan, harga bukan ukuran jika sudah berkenan dihati. Masa yang sama demi menjaga status diri, ramai yang sanggup membeli barangan mahal untuk kepuasan diri.

ARTIKEL BERKAITAN : 10 Basikal Termahal Dunia, Ada Mencecah Harga RM 2.13 Juta

Terbaru, satu jenama aiskrim termahal di dunia diperkenalkan. Tapi korang yang tak percaya pula sebabnya harganya macam dah boleh beli sebuah kereta di Malaysia. Pergh!

Byakuya tidak mempunyai tarikh luput. – Oddity Central

Untuk pengetahuan korang  aiskrim termahal di dunia berharga 880,000 yen (RM28,958). Laman berita Oddity Central melaporkan, jenama aiskrim mewah Jepun, Cellato, ini menerima pengiktirafan Guinness World Records dalam kategori aiskrim termahal di dunia berharga 880,000 yen.

Dah namanya pun mahal, jadi bungkusannya adalah lebih premium dengan kehadiran kotak hitam, pembeli juga akan menerima sebatang sudu logam buatan tangan dari Fushimi, Kyoto.

Sebekas aiskrim Byakuya dengan isipadu 130 mililiter (ml) kini boleh didapati di laman web cellato pada harga 880,000 yen.

Tidak Mempunyai Tarikh Luput

Kelebihan aiskrim ini adalah ia tidak mempunyai tarikh luput, tetapi Cellato mengesyorkan pembeli menikmatinya dalam masa 10 hari untuk tekstur yang terbaik.

Oddity Central

Menurut laman sesawang Cellato, aiskrim Byakuya diperbuat daripada susu, dua jenis keju, telur kuning dan sake

. Tambah menarik dengan salutan keju parmesan, truffle putih dan minyak truffle sebelum ditabur dengan kepingan daun emas.

Sebelum makan, Cellato mencadangkan agar anda meninggalkan aiskrim tersebut pada suhu bilik buat beberapa minit supaya ia lebih mudah untuk dimakan. Untuk rasa lebih enak, gaulkan sekali dengan minyak truffle.

Bukan itu sahaja, sudu besinya pula ditempa khas oleh artisan Takeuchi yang pakar dalam teknik Fushimiusing – satu teknik yang digunakan untuk menempa senjata pada zaman samurai dahulu kala.

Melihat kepada bahan aiskrim tersebut pastinya ramai tertanya apa yang membuatkan ia mahal, jawapannya adalah truffle putih. Truffle putih adalah satu bahan yang sangat jarang ditemui, ia dibawa khas dari Itali dan berharga lebih daripada 12,000 Euro (RM58,803).

No wonder lah mahal ye! Kalau korang sanggup tak makan harga aiskrim semahal ni?

BACA LAGI : 10 Kolej Paling Mahal Di Dunia, Mampu Ke Tidak?

Sumber : ( 1 ) ( 2 )

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


 

Published by
Nana