Nama Aizat Amdan bukan nama asing dalam industri muzik tempatan. Pernah cipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air, Aizat kembali jadi perhatian apabila beliau mengumumkan bakal bertarung dalam sukan Muay Thai Oktober ini.
ARTIKEL BERKAITAN : “Aizat Is Back…”, Penampilan Terbaharu Aizat Amdan Jadi Bualan Netizen
Menerusi hantaran Instagram @aizathamdan, dia berkongsi sudah lebih setahun ‘low profile’ dalam mengikuti latihan sukan pertahanan diri itu.
Tambahnya lagi, pengalaman latihan yang dijalaninya itu sangat luar biasa.
View this post on Instagram
Sejak kebelakangan ini, ramai peminat tertanya-tanya tentang perkembangan terkini Aizat, terutamanya selepas beliau mengambil keputusan untuk menyepi dari dunia seni.
“Lebih setahun saya diamkan mengenainya. Tapi saya teruja untuk berkongsi dengan anda semua yang saya akan bertarung dalam pertarungan Muay thai amatur pertama saya pada 12 Oktober ini.
“Latihannya dia tak kelakar. Rutin pagi petang berlatih, balik tidur. Doakan semoga semua berjalan lancar. Kalau anda semua nak tengok latihan dia macam mana, esok saya mulakan berkongsi di Instagram Story,” kata Aizat.
Menerusi video-video yang dikongsikan, ternyata basah lencun Aizat berlatih bersungguh-sungguh sempena debut pertarungan Muay Thai tidak lama lagi.
Rata-rata komen dari rakan dan peminat Aizat turut memberikan sokongan jitu dan mendoakan kemenangan beliau.
Moga Aizat berjaya meraih kemenangan pertama dalam debut sukan Muay Thai amatur pertamanya.
BACA LAGI : Anak Leftenan Kolonel Selamat Bergelar Isteri Penyanyi Aizat Amdan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : IG @aizathamdan