
Tiada apa yang memilukan, di saat keluar mencari rezeki buat keluarga namun yang pulang hanyalah sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa.
Hasrat seorang pemandu pembersihan jalan raya yang sedang menjalankan kerja pembersihan jalan berakhir dengan tragedi apabila maut selepas dirempuh sebuah kereta Honda di Bandar Utama Damansara berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, pagi ini.
Mangsa, Mohamed Zaini Zakaria, 32, yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya semalam disahkan meninggal dunia di lokasi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.54 pagi.
Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah Honda Accord dipandu mangsa melanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki dengan lapan pekerja kontrak sedang melakukan kerja pembersihan jalan raya.




"Akibat rempuhan itu, pemandu kereta tersepit dan anggota berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.
"Lapan pekerja pembersihan berusia antara 20-an hingga 40-an cedera ringan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunakan lima ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa Maksud Buku Ini? Individu Hina Lambang Jata Negara Boleh Didenda RM20,000

'Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia'. Inilah buku yang baru dilancarkan oleh penulisnya, Kean Wong.
Memaparkan wajah kanak-kanak pada lambang bulan dan bintang, wajah wanita di hadapan selain harimau yang memijak buaya, gambar hadapan kulit buku ini didakwa menyamai lambang jata negara (simbol kedaulatan negara) yang digunakan pakai di passport Malaysia sebagai bukti kewarganegaraan individu memegangnya.
Buat anak muda, dalam erti kata mudah, jata negara adalah lambang kedaulatan dan satu negara merdeka.

Sebaik buku ini dilancarkan oleh penulisnya, wujud respon mempersoalkan mengenai maksud di sebalik buku ini dilancarkan.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta KDN menyiasat penulis, penyunting dan penerbit buku terbabit jika wujud motif biadab serta menghina lambang rasmi negara (sumber Berita Harian).
Bukan hanya Dr Asyraf Wajdi, tetapi bantahan turut disuarakan oleh Pemuda Negara Wilayah Persekutuan Adi Ikmal Isa yang meminta Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas penulis dan penerbit buku “Rebirth” yang mengubah suai Jata Negara pada muka hadapan buku berkenaan (sumber MalaysiaGazatte).
Hal yang sama disuarakan oleh Dr Ahmad Sanusi yang mengulas isu ini di laman fbnya yang bertanya adakah ini penghinaan pada jata negara?
Asyraf Wajdi berkata, imej dipaparkan pada buku itu menggambarkan ada pihak tidak peduli dengan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016.
"Nampaknya akta yang baru dipinda dengan meningkatkan hukuman 20 kali ganda belum cukup menggerunkan sesetengah pihak sehingga sanggup secara terbuka membuat penghinaan terhadap lambang rasmi negara, melalui penerbitan buku sebegini," katanya.
Ini hukuman menanti kalau hina Jata Negara
Akta itu memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.

Bacalah perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi mengenai buku ini.
Penghinaan Pada Jata Negara?
=========
1. Kalau dahulu timbul isu Jalur Gemilang dikibarkan terbalik, hari ini timbul pula aduan yang mengadu tentang isu Jata Negara seakan dipermainkan. Dalam sebuah buku yang disunting oleh Kean Wong, muka hadapan buku tersebut seakan mempamerkan Jata Negara yang telah diubah.
2. Gambar yang mirip Jata Negara itu menyelitkan watak seorang kanak-kanak yang berbogel pada bulan dan bintang. Pada hakikatnya, menurut Jabatan Penerangan Negara, bulan dan bintang pada Jata Negara ini adalah simbolik kepada Agama Islam. Malaysia mengangkat Agama Islam sebagai Agama Persekutuan buat negara ini.
3. Gambar tersebut turut mengubah Cogan Negara yang dinukilkan dalam Bahasa Melayu dan Jawi. Ruang Cogan telah diubah menjadi gambar buaya merah. Begitu juga gambar harimau disisinya dipamerkan dengan penampilan yang berbeza.
4. Biarpun kita tidak memahami tujuan sebenar pelukis atau penulis atau penerbit yang memaparkan gambar mirip Jata Negara ini pada buku ini, namun kita mestilah mendidik rakyat agar menghormati simbol rasmi negara.
5. Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Dalam peruntukan undang-undang turut menyebutkan tentang larangan menggunakan Lambang Negara dengan kaedah yang tidak wajar dalam Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
6. Sekiranya pelukis atau penulis atau penerbit memang berniat untuk menghina Jata Negara, maka kumpulan seperti ini seharusnya boleh dikenakan tindakan. Mereka bukan sahaja menghina Jata Negara, bahkan mengubah simbol Agama Islam yang dipaterikan dalam lambang rasmi negara ini.
7. Ingatkan kepada warga Muslim bahawa Rasulullah memilih sahabat yang hebat yang berperanan menjaga lambang rasmi Islam. Mereka yang memegang bendera rasmi adalah mereka yang bukan calang-calang. Bendera Islam ketika dalam Badar di pegang oleh Mus’ab ibn Umayr sehinggalah beliau syahid dalam perang Uhud.
8. Malah begitu pentingnya simbol rasmi ini, Rasulullah menamakan nama-nama tertentu yang mempunyai kedudukan di sisi Rasulullah untuk mendaulatkan perjuangan dan bendera Islam. Perkara ini boleh diperhatikan dalam Perang Mu’tah dimana Rasulullah telah menamakan Zaid ibn Haritha, dan Ja’far Abu Talib dan Abdullah ibn Rawahah yang mana kesemua mereka bukan calang manusia.
9. Masyarakat mestilah dididik menghormati lambang rasmi Negara. Ia sebagai langkah membina kesetiaan dan penghormatan buat tanah air tercinta. Janganlah bersikap seperti segelintir kita yang merendahkan simbol negara, mengibarkan jalur gemilang secara terbalik bahkan merendahkan tulisan jawi yang menjadi identiti negara.
10. Kumpulan yang menghina lambang rasmi negara tidak layak dianggap sebagai warganegara. Mereka tidak menghormati perjuangan dan usaha datuk nenek dahulu dalam mendapatkan kedaulatan negara ini.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagi Dugaan 2020, Gunung Berapi Sinabung Muntah Abu Vulkanik. Malaysia Bakal Berdepan Asap Debu

Syukur bumi Malaysia tiada gunung berapi. Belum lagi Covid19 mengundurkan diri. Negara jiran kita kita sedang depan dengan letusan gunung berapi yang bahaya.
Terbaru, susulan pengeluaran debu dari salah satu gunung berapi paling aktif di Pulau Sumatra, Indonesia pada 8 Ogos lepas.
Selepas 14 bulan tidak aktif, Gunung Sinabung kembali meletus pada jam 1.58 pagi 8 Ogos lalu dengan memuntahkan abu vulkanik setinggi 2,000 meter.Namun ia pernah meletus pada Februari 2016 dan ia mengeluarkan gas volkanik, batu dan abu dengan ketinggian 2,500 meter.
Gunung itu kemudiannya meletus buat kali kedua pada jam 5.18 petang hari sama dengan melepaskan abu vulkanik setinggi 1,000 meter.
Gunung Sinabung Mungkin Akan Meletus Lebih Kerap 2
Another horror scenea in 2020. Gunung Sinabung erupsi. pic.twitter.com/iPN4toNlnk
— Widas (@WidasSatyo) August 10, 2020
Semalam, Gunung Sinabung dilaporkan meletus lagi dengan melepaskan abu vulkanik setinggi 5,000 meter pada jam 10.16 pagi dan 2,000 meter pada jam 11.17 pagi.
Susulan daripada kejadian tersebut, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG) menasihati orang awam di kawasan Gunung Sinabung supaya berhati-hati kerana ada kemungkinan gunung tersebut akan terus aktif dalam masa terdekat berikutan kekerapan jumlah gempa tektonik yang berlaku belakangan ini.

.

.

Menurut salah seorang pegawai di pos pemantau Sinabung, abu letusan gunung berapi daripada letusan terbaharu ini menyebabkan langit di tiga kawasan berdekatan sehingga radius 30km dari gunung menjadi gelap terutamanya di kawasan Namanteran, Merdeka dan Berastagi.
Malaysia Bakal Berdepan Debu
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran bahawa debu dan asap dari gunung tersebut dijangka akan memasuki ruang udara utara Selat Melaka dan membabitkan beberapa negeri di Malaysia iaitu Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dalam perkembangan baharu semalam, MetMalaysia melaporkan tiada lagi asap debu kesan letusan Gunung Berapi berterbangan di ruang udara Malaysia.
Indonesia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mempunyai bilangan gunung berapi terbanyak di dunia selepas Amerika Syarikat dan Rusia dengan jumlah kesemuanya sebanyak 139 buah.
So hati-hati ye guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Mana Kamu Sejak Julai?!” Lawatan Rina Harun Melihat Bella Dituduh Stun Publisiti

Dek video yang dimuat naik oleh rakan media di Sinar Harian hujung minggu lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Seri Rina Harun telah ditempelek warganet kerana terlalu mengejar publisiti.
Video tersebut menunjukkan Rina melawat remaja Sindrom Down berusia 13 tahun, Bella yang kini disebut-sebut berikutan kes perbicaraan melibatkan penderaan ke atasnya. Kehadiran Rina di hospital berkenaan juga ditemani rakan wartawan dan jurugambar.

Lantas, ramai yang mempersoalkan di mana keberadaan Rina sejak kes Bella diketahui umum pada Julai 2021? Seorang pengguna akaun Facebook juga bertanya apakah peranan yang telah dimainkan oleh Menteri tersebut sepanjang sembilan bulan ini sebelum kes masuk ke peringkat perbicaraan?
Tidak cukup dengan itu, ada yang bertanyakan apakah tindakan kementerian seterusnya bagi memastikan kanak-kanak di Malaysia selamat di bawah jagaan rumah kebajikan dan di kediaman sendiri.
Dalam pada itu, pengasas bersama Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin lantang mempersoalkan sama ada tindakan Rina mempunyai agenda tersendiri; apatah lagi apabila ia dilakukan hanya SELEPAS kes Bella menarik perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam untuk menyuarakan sokongan membela nasib mangsa itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Che Puan Besar Khaleeda, Kini Tunku Mahkota Johor Pula Bersuara Tentang Kes Penderaan Bella – REMAJA
You’re pathetic! We asked your ministry and jkm about this in July of 2021. You guys said you couldn’t do anything because you had to wait for the police investigation. Then silence till now. https://t.co/HWQ8U0jYWH
— Tini z (@tiniz) April 17, 2022
“Saya tidak tahu apa motifnya (Rina), tetapi yang pasti ia nampak seperti beliau berlumba-lumba menunjukkan seperti beliau melakukan sesuatu dalam kes penderaan Bella,” catatnya menerusi ciapan terbaru.
Hartini juga mempersoalkan tindakan Rina itu yang disebutnya “kurang ikhlas”, “hipokrit” dan meminta beliau untuk “berhenti bergambar”; sambil menyifatkan Rina tidak sensitif dan tidak tahu mengenai perlindungan kanak-kanak.
Stop with photo ops @RinaMohdHarun . It’s not about you documenting proof that you care. It’s not about you putting on an act to buat kerja. Suddenly! Waah sibuk. Insensitive and clueless on child protection. Sebab TMJ murka. https://t.co/hhBs1x0If5
— Tini z (@tiniz) April 18, 2022
Semalam, Rina menerusi hantaran di media sosial memaklumkan bahawa beliau mengalu-alukan tawaran TMJ dan isteri. Beliau juga berkata akan memberikan taklimat kepada TMJ mengenai langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian berhubung perbicaraan itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Kronologi Kes Penderaan Kanak-Kanak OKU, Selebriti Turut Tuntut #JusticeForBella – REMAJA
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

