Ajal Di Pagi Subuh! Pemandu Syarikat Pembersihan Dilanggar, 8 Lagi Rakan Sekerja Cedera

Share

Tiada apa yang memilukan, di saat keluar mencari rezeki buat keluarga namun yang pulang hanyalah sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa.

Hasrat seorang pemandu pembersihan jalan raya yang sedang menjalankan kerja pembersihan jalan berakhir dengan tragedi apabila maut selepas dirempuh sebuah kereta Honda di Bandar Utama Damansara berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, pagi ini.

Mangsa, Mohamed Zaini Zakaria, 32, yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya semalam disahkan meninggal dunia di lokasi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.54 pagi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah Honda Accord dipandu mangsa melanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki dengan lapan pekerja kontrak sedang melakukan kerja pembersihan jalan raya.








"Akibat rempuhan itu, pemandu kereta tersepit dan anggota berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.

"Lapan pekerja pembersihan berusia antara 20-an hingga 40-an cedera ringan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunakan lima ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Sumber : Harian Metro

Published by
Almaswa Haji Che Ros