Akad Nikah Di Pejabat Agama Dan Masjid Dibenarkan, Ini SOP Perkahwinan Di Selangor

Share

Alhamdulillah, berita baik untuk semua bakal pengantin kerana majlis akad nikah sudah dibenarkan untuk diadakan di semua masjid kariah dan Pejabat Agama.

Kami pasti ramai pasangan pengantin yang terpaksa menangguhkan pernikahan mereka ekoran arahan PKP yang dilaksanakan dan disebabkan kes positif COVID-19 yang tinggi. Namun, SOP baharu ini mungkin mampu membuatkan mereka tersenyum akhirnya.

JAIS menerusi perkongsian dalam Facebook rasmi memaklumkan majlis itu boleh dilangsungkan setiap hari, tetapi kehadiran adalah terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.

Foto Via Facebook JAIS

Jabatan itu menyatakan mereka yang sudah lengkap vaksinasi berdasarkan kad atau sijil digital vaksinasi perlu memenuhi kriteria iaitu, melepasi 14 hari dari tarikh suntikan kedua bagi vaksin Pfizer, AstraZeneca serta Sinovac, manakala bagi vaksin Johnson & Johnson serta CanSino adalah melepasi 28 hari.

Manakala bagi yang belum lengkap vaksinasi, ujian saringan ‘Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction’ (RT-PCR) perlu dilakukan ke atas pengantin serta wali, dalam tempoh 72 jam dari waktu pelaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan ujian kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.

Alhamdulillah, walaupun tak meriah seperti perkahwinan biasa sebelum ini, sekurang-kurangnya dapat juga melangsungkan pernikahan di surau atau masjid.

Sumber : Facebook JAIS

Published by
Nana