Akaun E Wallet TnGo Di Hack, Lelaki Kongsi RM1700 Lesap Dari Akaun CIMB

Share

Ketika pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu, di bawah kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan telah memperuntukkan budget sebanyak RM450 juta bagi perlaksanaan insentif eTunai Rakyat. Ia dapat dimanfaatkan oleh 15 juta rakyat yang berusia 18 tahun ke atas dan pendapatan di bawah RM100,000.

Sebanyak RM30 diperuntukkan untuk setiap seorang di mana penggalakan berbelanja melalui penggunaan eDompet atau eWallet dan pembayaran digital yang boleh diguna pakai oleh setiap yang layak. Berbaki 3 hari lagi bagi yang belum mengambil dan menunaikannya, perkongsian dari seorang pengguna e-wallet iaitu Mohd Azhari Rahman yang membuat perkongsian mengenai akaun e-wallet adiknya di hack dan nombor telefonnya ditukar mengakibatkan kerugian RM1700 dari akaun CIMB.

Akaun e walletnya menunjukkan traksaksi duit dibawa keluar sebanyak beberapa kali

Asalnya beliau meminta orang ramai yang menggunakan aplikasi itu berhati-hati dan meminta agar mereka membuang akaun bagi mengelak masalah sama berlaku. Ada netizen menyalahkannya adiknya kerana membuat auto reload dan kerana itulah  duit dalam bank lesap dengan beberapa kali transaksi pencerobohan terjadi.

Aduan yang dibuat ke syarikat pengendali e-wallet  iaitu TnGo mengenai kehilangan duit ini dan berdasarkan siasatan dijalankan pihak TnGo mendapati akaunnya memang telah di hack. Ya la, korang mesti akan simpan data-data peribadi termasuk memaparkan maklumat nombor akaun bank ketika mahu menerima insentif RM30 yang diberi oleh pihak kerajaan.

Sebenarkan dari dulu lagi isu data peribadi di bank atau mana-mana aplikasi yang kita tulis sudah menjadi satu isu besar kerana ada pihak lain boleh mengambil kesempatan ke atas akaun bank kita. Satu laporan polis turut dibuat serta bukti transaksi duit dikeluarkan dari CIMB Bank.

Laporan polis yang dibuat bagi kecurian wang dari bank CIMB.

Bacalah perkongsiannya dan mohon korang lebih berhati-hati. Kadang masalah orang lain boleh jadi iktibar pada kita untuk lebih berhati-hati.

Sumber : Mohd Azhari Rahman

Published by
Almaswa Haji Che Ros