Ketegangan yang sedang melanda negara Palestin dan pihak tentera Zionis Israel kian memuncak apabila kedua-dua pihak saling berbalas serangan pada minggu ini.
Dalam sidang media yang diadakan oleh Perdana Menteri Israel hari ini, beliau membayangkan serangan roket ke atas pejuang Hamas di Gaza, Palestin akan berlanjutan untuk satu jangka masa yang lama.
Serangan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Israel terhadap Masjid Al-Aqsa semasa umat Islam sedang berada dalam bulan Ramadan al-mubarak dilihat sebagai suatu perbuatan biadap dan melampau.
Penduduk dunia kini saling bergandingan dalam mengutuk niat Israel yang kini dilihat hidup dengan nyawa dan darah umat Islam demi menjarah tanah milik Palestin.
ARTIKEL BERKAITAN : Bella Hadid Pertahankan Rakyat Palestin, Kutuk Serangan Israel Ke Atas Gaza – REMAJA
Malaysia mengambil langkah untuk turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara dan darat tentera Israel yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan rakyat Palestin termasuk di kalangan kanak-kanak tidak berdosa.
Menerusi saluran media sosial, masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama terus-menerus mendesak agar Israel segera menghentikan sebarang tindakan kejam dan agar penduduk dunia tidak menutup mata dan berdiam diri melihat isu ini.
Desakan rakyat Malaysia yang terkenal sebagai ‘tentera bawang’ di media sosial nampak telah mendapat perhatian daripada akaun Twitter Pro-Tentera Israel iaitu Israel Defense Forces.
Kehadiran komen daripada rakyat Malaysia di setiap muat naik akaun tersebut telah mengakibatkan pengendali akaun ‘koyak’ dan memberi respon balas berbunyi, “Malaysians Troll Is Bulls**t.”
View this post on Instagram
Eh!!! Dia kata kita pulak..?! Ha.. apa lagi jabatan Netizens, lancarkan ler.. pic.twitter.com/dMAMI1qbKX
— Que Haidar (@que_haidar) May 12, 2021
Bagaimanapun, carian Remaja terhadap ciapan tersebut gagal menemuinya setelah ia dipercayai telah dipadamkan oleh akaun tersebut.
Sebelum ini, Israel Defense Forces pernah menghalang rakyat Malaysia daripada memasuki akaun mereka di Facebook sekitar tahun 2014 setelah warganet dari Malaysia dan Indonesia berterusan mengecam perbuatan kejam tentera Israel di ruangan komen.
Haa, baru tahu perasaan kena buli siber oleh rakyat tempatan kita!
Gunakan kuasa korang di media sosial untuk terus mendesak agar serangan kejam Israel dihentikan segera.