Akhiri Zaman Duda, Pelakon Rashidi Ishak Selamat Mendirikan Rumah Tangga Hari Ini

Share

Tahniah buat pelakon Rashidi Ishak & isteri tercinta…

Selepas empat tahun hidup solo, bintang berkaliber, Rashidi Ishak dikhabarkan telah menamatkan zaman duda dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Wan Hasliza Wan Zainuddin, hari ini.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan penerbit, Saiful Zahairie Zainuddin menerusi platform Facebook miliknya, sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka Fesyen ‘Bongkar’ Rahsia Pernikahan, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Disatukan 23 Januari Lalu

“Alhamdulillah. 2.2 2023. Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak. Semoga bahagia ke akhir hayat,” coret Saiful ringkas menerusi sebuah kapsyen.

Pada perkongsian itu, Saiful memuat naik foto Rashidi mengenakan baju Melayu berona putih manakala Wan Hasliza pula tampil ayu berbaju kebaya serba putih juga.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu selain mendoakan mereka bahagia hingga ke Jannah Allah.

Pelakon drama popular Kampung People itu bagaimanapun belum mendedahkan lagi berita baik itu kepada umum.

Sekadar infornmasi, Rashidi sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama aktres popular, Vanidah Imran pada tanggal 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika yang masing berusia 21 dan 18 tahun.

Bagaimanapun, pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun melayari alam berumah tangga.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Facebook Saiful Zahairie Zainuddin

Published by
Fath