Akhirnya! Babak Perkahwinan Puteri Diana Ditayangkan Dalam Siri Netflix, The Crown Pada..

Share

 

Drama Inggeris kegemaran ramai pelanggan Netflix iaitu The Crown adalah di antara siri drama paling dinanti-nantikan.

Setiap kali klip teaser dikeluarkan sebelum musim terbaru, pastinya rasa tak sabar dalam diri memuncak menantikannya.

Musim keempat The Crown bakal ditayangkan pada 15 November ini. Namun, video trailer telahpun dimuat naik oleh Netflix semalam. Daripada video berdurasi 33 saat itu, salah satu babaknya telah membuatkan semua orang teruja.

Ia membabitkan momen perkahwinan di antara mendiang Puteri Diana dan Putera Charles pada 29 Julai 1981.

OMG!

Karakter Ratu Elizabeth lakonan Olivia Colman menyebut, “Sesuatu sepenting monarki tidak boleh gagal” sambil kamera menunjukkan kelibat Perdana Menteri Margaret Thatcher (Gillian Anderson).

Ratu Elizabeth lakonan pemenang anugerah Oscar, Olivia Colman..

Karakter Puteri Diana lakonan Emma Corrin pula muncul apabila beliau dikepung oleh para paparazi dan peminat sewaktu bersama keluarga diraja.

Hanya pada akhir klip tersebut, Puteri Diana dilihat sedang menyarungkan gaun perkahwinan ikoniknya sebelum perlahan-lahan memasuki sebuah pintu yang dipercayai merupakan pintu di dalam Istana sebelum beliau bertolak ke Gereja St Paul di London.

Klip Puteri Diana yang amat dinanti-nantikan..

*

Cer tengok klip teaser penuh ini di bawah:

Bagi korang yang tidak mengikuti siri The Crown, musim keempat ini akan bermula sekitar tahun 1970-an di mana hubungan Ratu Elizabeth dan Perdana Menteri UK sedang bergelut.

Kita juga akan melihat perjalanan hubungan cinta di antara Putera Charles (Josh O’Connor) dan Puteri Diana yang penuh kontroversi dan menjadi ikutan hangat akhbar pada waktu itu.

Hiubungan di antara Puteri Diana & Putera Charles diibaratkan sebagai amat sensitif untuk tidak mengecilkan hati sesiapa. Namun ia adalah babak yang paling dinanto-nantikan oleh penonton setia The Crown..

Tentunya, tekanan yang dihadapi oleh produksi The Crown dan para pelakonnya dirasai kerana kisah cinta Charles & Diana adalah kisah cinta moden yang paling mendapat perhatian dunia sehinggalah sekarang.

Published by
FZ