Di sebalik kecemerlangan dan dunia glamor milik penyanyi pop Amerika Syarikat, Britney Spears, seluruh dunia dikejutkan dengan kisah sebenar yang perlu dihadapi oleh penyanyi kesayangan ramai itu selama 13 tahun yang lalu.

Setelah episod ‘meltdown’ Britney sekitar tahun 2007, di mata peminat, Britney telah ‘dilindungi’ oleh ayahnya Jamie Spears dan beliau kembali bangkit setahun dua selepas itu untuk terus menjadi Britney yang kita kenali sekarang.

Namun, dalam tempoh kebangkitan Britney selama ini, rupa-rupanya beliau terperangkap dalam pengurusan ayah dan  keluarganya sendiri hinggakan dia tidak mampu mempunyai keputusan sendiri dalam pelbagai aspek kehidupan.

Akhirnya, BRITNEY SPEARS BEBAS Daripada ‘Cengkaman’ BapanyaJun lalu, Britney mula menentang ayahnye menerusi perbicaraan mahkamah secara maya telah berkongsi pengalaman negatifnya selama ini. “Saya ingin didengari, saya inginkan perubahan dan saya ingin ke hadapan. Saya layak menerima perubahan, saya hanya inginkan kehidupan saya semula.”

Ads

“Cukuplah 13 tahun ini..”

“Lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang telah saya perolehi.. saya terasa seperti dipergunakan oleh mereka (keluarganya), saya terasa dibuli.. dipinggirkan dan kesunyian. Saya sudah penat merasa sunyi,” keluhnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Pada Usia 39 Tahun, Britney Spears Akhirnya Bersuara! – REMAJA

Ads

Kempen #FreeBritney atau Bebaskan Britney mula kedengaran sejak pertengahan tahun ini. Britney turut menggunakan akaun media sosialnya terutama di Instagram untuk membongkarkan satu-persatu perkara yang tidak dipersetujui olehnya selama diuruskan oleh ayahnya.

Akhirnya selepas berbulan-bulan cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman mereka yang bertindak pentingkan diri sendiri serta menjadikan Britney sebagai ‘objek’ penjana pendapatan dalam dunia hiburan, semalam Britney menerima berita gembira. Lapor Variety, Britney kini tidak lagi berada di bawah penjagaan ayahnya, Jamie.

Ads

Bagaimanapun, itu tidak bermaksud ia akan berkuatkuasa serta-merta. Kata Jamie Spears, dia hanya akan melakukannya apabila ‘sampai waktu tepat’.

Akhirnya, BRITNEY SPEARS BEBAS Daripada ‘Cengkaman’ Bapanya

Keputusan ini sekurang-kurangnya memberi harapan kepada peminat Britney yang sedaya upaya menghidupkan kempen #FreeBritney selama ini untuk melihat idola pop mereka itu bebas. Apa yang REMAJA fahami sekarang, Jamie sedang dalam tempoh transisi untuk menyerahkan tugas penjagaan Britney kepada pihak lain.

Sementara itu, siasatan terhadap tuduhan kononnya ayah Britney dan keluarga mengambil berjuta-juta dollar daripada aset estet Britney tetap akan diteruskan oleh wakil peguamnya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI