Akhirnya Kepala Ditemui Dalam Periuk Sup, Nasib Malang Model Hong Kong

Share

Bagaikan kronologi cerita dalam filem seram dan thriller pula. 

Jika sebelum ini gempar cerita mengenai seorang model cantik dan juga pempengaruh dari Hong Kong, Abby Choi yang dilaporkan telah dibunuh dengan kejam. Lebih sadis apabila mayat mangsa ditemui telah dipotong dan disorokkan di beberapa tempat berasingan.Namun, kepalanya tidak ditemui.

ARTIKEL BERKAITAN : Seminggu Bertarung Dengan Koma, Ini Kisah Kematian Tragis Ratu Cantik Alabama

Model Dan Pempengaruh Abby Choi

Terbaru, mengikut laporan mustsharenews.com,  akhirnya pihak polis berjaya menemui kepala model Abby Choi itu di dalam di salah satu daripada dua periuk sup besar yang diambil polis pada hari Jumaat dari rumah tiga tingkat di Lung Mei Tsuen.

Tambahan laporan lagi, periuk-periuk itu dibawa ke bilik mayat pada Sabtu, dan pakar forensik menemui kepala dan rusuk ketika meneliti kandungannya.

Menurut Superintendan Alan Chung dari unit jenayah wilayah Kowloon West berkata, lubang berukuran 6.5cm kali 5.5cm ditemui di bahagian belakang tengkorak itu, dan pakar forensik percaya ia menjadi punca maut.

Pada masa sama, seorang lagi suspek, kekasih kepada bekas bapa mentua Choi ditahan menjadikan jumlah suspek kes pembunuhan kejam itu kepada lima orang.

Foto Via mustsharenews.com

Sebelum ini, pihak berkuasa percaya Abby mempunyai ‘pertikaian kewangan’ dengan bekas suaminya dan keluarganya mengenai hartanah berharga 100 juta dolar Hong Kong (RM55.51 juta), yang dia telah merancang untuk menjualnya.

Polis dan pekerja Jabatan Perkhidmatan Saliran kembali ke Lung Mei Tsuen untuk memeriksa paip kumbahan di kawasan itu untuk mencari bahagian badan yang hilang.

Aduhai, sadisnya tragedi yang menimpa model terkenal ini. Di mana letaknya perikemanusiaan sehingga sanggup memperlakukan pembunuhan seumpama itu?

BACA LAGI : [Recap 2018] Kepala Dipukul Dengan Objek Tumpul, Ini Punca Kematian Adik Adam Yang Disorok Dalam Peti Ais

Sumber : mustsharenews.com

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana