Akhirnya! Dokumentari K-Pop Pertama, “BLACKPINK: Light Up The Sky” Bakal Ditayang Di Netflix Pada…

Share

Blackpink in Your Area!

Siapa tak kenal dengan kumpulan BLACKPINK, Apa saja lagu dan produk yang melibatkan mereka sebagai pengguna dan duta pastinya akan laris terjual bak pisang goreng panas!

Selepas melancarkan single terbaru bersama Salena Gomez kira-kira seminggu yang lalu, kini kumpulan Kpop kegilaan ramai, Blackpink bakal muncul di Netflix.

Netflix baru-baru ini secara rasmi telah mengumumkan dokumentari K-Pop pertama yang bakal dihasilkan di bawah laman penstriman popular itu iaitu “BLACKPINK: Light Up The Sky”.

Dokumentari itu bakal menayangkan temubual eksklusif bersama ahli kumpulan itu iaitu Jisoo, Jennie, Rosé and Lisa yang tidak pernah dilihat langsung sebelum ini. Termasuklan daripada zaman pelatih sehinggalah menjadi artis sensasi global kini.

Selebriti K-pop pertama yang muncul di dokumentari Netflix. Hebatnya penangan Blackpink ni!

Penonton turut dapat melihat sedutan proses rakaman untuk album penuh pertama kumpulan itu iaitu “BLACKPINK: THE ALBUM” yang menyaksikan kehidupan turun dan naik idola K-Pop selain menekankan bakat yang dimiliki setiap daripada mereka. Bukan itu sahaja, peminat juga dapat melihat sedutan ketika BLACKPINK mencipta sejarah sebagai kumpulan K-Pop wanita pertama yang menyerikan pentas hebat iaitu Coachella 2019.

Ahli BLACKPINK sendiri berkongsi keterujaan mereka dengan dokumentari ini,

Kami tak sabar ingin berkongsi cerita peribadi dengan BLINKS di seluruh dunia menerusi Netflix!

Dokumentari ini diarahkan oleh Caroline Suh, dihasilkan oleh Cara Mones, diterbitkan secara ekskludif oleh Jon Kamen, David Sirulnick dan Zara Duffy di RadicalMedia.

Wah tak sabarnya penulis nak tunggu 14 Oktober nanti….

Published by
Ruziana Zainal