Permintaan kenaikan gaji minimum timbul sejak kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.
Ini sejajar dengan janji kerajaan yang ingin menaikkan gaji minimum daripada RM1,000 kepada RM1,500 dalam tempoh satu penggal pentadbiran parti Pakatan Harapan.
Setelah Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kadar gaji minimum masih di takuk rendah walaupun berlaku kenaikan.
Amat sedih apabila gaji minimum hanya dinaikkan sebanyak RM50; iaitu dari RM1,000 ke RM1,050.
Ia mendapat perhatian Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang berpendapat gaji minimum sepatutnya dinaikkan ke RM1,200 pada tahun lalu lagi.
Seharusnya, peluang itu diambil oleh kerajaan baru supaya manifesto mereka konsisten dengan penguat kuasaan.
Pada Belanjawan 2020 hari ini, barulah kadar gaji minimum dinaikkan ke RM1,200 setelah ia dibentangkan oleh Menteri Kewangan.
Persoalannya, is it a little too late?
ARTIKEL BERKAITAN: RM20 Juta Pembangunan e-Sports Dalam Belanjawan 2020
*
Jom lihat pada aspek positif. Pertama, negara masih menguat kuasakan kadar gaji minimum seragam di seluruh negara sejak tahun lalu.
Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2017, 57.8 peratus daripada 12.21 juta rakyat Malaysia yang bekerja adalah pekerja swasta. 18.1 peratus daripada jumlah itu pula adalah penerima kadar gaji minimum ini. Lalu, kadar gaji minimum seragam ini dilihat membela nasib pekerja muda.
NAMUN dari aspek lain, kenaikan ini hadir lebih lambat daripada yang diharapkan. Ya kenaikan RM150 itu membantu, tetapi kita harus melihat sama ada gaji RM1,200 relevan dengan kos kehidupan pada zaman ini.
Bukan saja remaja perlu menanggung diri sendiri, tetapi kita perlu mengambil kira pembayaran semula pinjaman pengajian, pembayaran tempat tinggal dan lain-lain. Itu belum termasuk wang untuk disimpan bagi perbelanjaan waktu kecemasan.
Artikel Berkaitan: RM6 Bilion Dewi Wujudkan 350,000 Peluang Kerja, Ini Alasan Syed Saddiq
Apa pendapat korang?
Adakah kenaikan kadar gaji minimum ini terlalu lambat? Or we can still live comfortably in this age with such minimum wage?