Sebelum ini penyanyi Billie Eilish telah mengumumkan bahawa dia akan melakukan konsert jelajah Asia dan akan berkunjung ke Seoul, Hong Kong, Tokyo dan beberapa lagi bandar besar tetapi tidak pula dimasukkan Malaysia dalam senarai.
BACA: Billie Eilish Umum Jelajah Asia TAPI Sekali Lagi Malaysia DIPINGGIRKAN
Namun, berita baik yang diterima pagi ini apabila pemenang tujuh kali Grammy Award itu bakal membuat persembahan sulung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Ogos depan.
Penganjuran konsert ini adalah sebahagian daripada jelajah Asia ‘Happier Than Ever, The World Tour’ yang dinantikan-nantikan peminatnya di Malaysia, termasuklah di Manila, Seoul, Singapura, Bangkok dan Tokyo.
Penampilan ini secara tidak langsung menjadikan Billie Eilish selebriti indie electropop pertama yang membuat kemunculan di Asia. Tiket konsert Jelajah di Amerika Utara, UK dan Eropah memecah rekod apabila habis dijual pada Mei tahun lalu.
BACA: Billie Eilish Kalahkan Taylor Swift Di Grammy 2020, Ini 5 Fakta Tentang Remaja 18 Tahun Ini!
Sejak pelancaran single pertamanya Ocean Eyes pada 2015, anak kelahiran Los Angeles ini terus meraih kejayaan demi kejayaan. Breakout Album 2019 penyanyi ini, When We All Fall Asleep, Where Do We Go? berjaya menduduki tangga pertama di Billboard 200 di Amerika Syarikat serta 17 negara lain di seluruh dunia dan menjadi album yang paling banyak distrim pada tahun itu.
Dibawakan oleh Live Nation Malaysia, tiket pra-jualan boleh mula dibeli esok (24 Jun) pada pukul 10 pagi, diikuti oleh pra-jualan Live Nation Members pada hari Sabtu (25 Jun) 10 pagi. Tiket dijual dengan harga RM308, RM408, RM508 dan RM598.
Sumber: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.