Akhirnya, Nama Stadium Mini FFIRA MIKAH Ditukar Menjadi Stadium Mini Kuala Nerang.

Share

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila warga net menyelar Hakim Ariff Md Noor, Pegawai Daerah Padang Terap menerusi satu gambar menyaksikan beliau sedang menurunkan tandatangan perasmian Stadium Mini, menariknya nama yang tertera pada papan tanda tersebut seolah namanya yang diterbalikkan.

Dalam laporan Sinar Harian, pegawai daerah terbabit menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa semuanya berlaku secara kebetulan sahaja. Nama tersebut dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran.

Menurutnya, “Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, ‘Ffira’ bermaksud sesuatu yang hebat manakala ‘Mikah’ dalam bahasa Arab sepena nama malaikat. Stadium tersebut mendapat kelulusan untuk dinaiktaraf dengan kos sebanyak RM200’00 bagi membaiki tandas, bilik mandi dan padang selain mengecat kembali stadium agar lebih menarik.

“Stadium itu akan dijadikan sebagai pusat kecemerlangan sukan daerah bagi menaikkan semula sukan bola sepak sebagai produk daerah. Pengisian stadium itu lebih penting berbanding namanya.”

Isu nama stadium mini ini menjadi perhatian ramai apabila warganet terutanya di Facebook dan Twitter mempersoalkan nama yang dipilih seolah-oleh nama pegawai daerah yang diterbalikkan.

Satu akaun Twitter yang memuat naik ciapan gambar nama stadium tersebut sehingga kini medapat dua ribu tanda suka, 1.4 ribu ulang kicau dan 528 balasan komen.

Walaupun begitu, menurut Hakim Ariff lagi, nama stadium mini tersebut akan ditukarkan kepada Stadium Mini Kuala Nerang dan papan tanda FFIRA MIKAH yang mengundang kontroversi akan diturunkan dalam masa terdekat.

Sumber: Sinar Harian and Twitter Laga Cawan

Published by
Fiezreen