AKHIRNYA, Nike Lancar Aplikasi Untuk Pembeli Di Malaysia

Share

 

Apa yang membuatkan aplikasi ini berbeza dengan laman sesawang Nike?

 

Satu-persatu jenama fesyen dan sukan mula muncul dengan aplikasinya sendiri bagi memudahkan pembelian dan demi menjadi lebih interaktif dengan peminat jenama maisng-masing. Kali ini, tiba giliran Nike pula yang baru saja melancarkan aplikasinya, Nike App bagi rantau Asia Tenggara dan India.

Nike App kini boleh dimuat turun oleh pengguna di Singapura, Thailand, Filipina, Malaysia, India, Taiwan dan Vietnam. Ia dikatakan menawarkan beberapa kelebihan eksklusif kepada pengguna yang tidak dapat dilihat di laman sesawang Nike demi memudahkan pembelian menerusi inovasi teknologi baharu.

Jom lihat apakah pembaharuan yang ada pada Nike App ini.

 

Akses Eksklusif

Ahli akan berkesempatan untuk mendapatkan produk terbaru dengan pantas daripada rangkaian Air Jordan 1, Air Force 1, Air Max dan pelbagai lagi model lain yang diperkenalkan. Khas sempena pelancaran Nike App semalam, ahli akan memperolehi akses awal kepada produk-produk rangkaian Space Jam.

 

Ganjaran Ahli

Dari semasa ke semasa, ahli boleh ‘unlock’ ganjaran menarik di bahagian ‘Member Wallet’ di mana mereka boleh melihat promosi eksklusif yang ditawarkan, jemputan ke acara Nike pada masa akan datang dan banyak lagi. Malah, bermula 12 Julai ini, ahli boleh mula menyertai cabaran mingguan di aplikasi Nike Run Club (NRC) dan Nike Training Club (NTC) untuk mendapatkan akses ke bahagian ‘Champions Locker’ di Nike App – satu lagi cabang yang perlu korang ‘unlock’; khas buat ahli.

 

Kandungan Berinspirasi

Selain daripada produknya, seperkara yang menarik mengenai Nike adalah bagaimana jenama sukan dan gaya hidup ini telah banyak membantu personaliti dari seluruh dunia untuk memperbaiki prestasi, menjadi lebih yakin dengan diri mereka dan menjadi versi terbaik bagi diri mereka. Menerusi Nike App, ahli akan boleh memperolehi kisah-kisah mereka dan cara mereka berjaya dalam bidang masing-masing.

*

Sudah tentu, dari semasa ke semasa, Nike App akan diperbaharui mengikut respon dan keperluan penggunanya. Seperti yang disebut oleh Naib Presiden APLA Nike Direct Digital Commerce, Xia Ding, Nike akan memastikan kandungan, servis dan produk yang ditawarkan selari dengan kehendak kita semua.

So guys, jangan ketinggalan untuk memuat turun Nike App bermula hari ini hingga 22 Julai nanti bagi memperolehi diskaun 10 peratus untuk pembelian pertama produk Nike daripada aplikasi tersebut.

Published by
FZ