AKHIRNYA, Ratu Elizabeth Keluar Kenyataan Selepas Temubual Oprah-Meghan

Share

 

Kecoh hujung minggu lalu setelah episod temubual Oprah Winfrey bersama Meghan Markle dan Putera Harry ditayangkan, hanya sehari sebelum sambutan Hari Wanita Sedunia. (Kebetulan kah?)

Menerusi temubual tersebut, baik Meghan mahupun Putera Harry tidak berselindung dan membongkarkan sebab utama di sebalik keputusan mereka untuk meninggalkan United Kingdom pada tahun 2020 dan berpindah ke Amerika Utara bagi kebaikan keluarga kecil mereka.

Sumber Foto: Oprah Mag

Meghan berkata hubungannya dengan Ratu Elizabeth tidak tercela dengan notis perletakan tugasan diraja mereka berdua. “Ratu sentiasa melayan saya dengan baik.”

Malah, menurut sumber dalaman istana juga, Ratu Elizabeth masih menyokong kehidupan Putera Harry dan Meghan dan selalu mengambil berat dengan perihal kehidupan bahagia mereka berdua.

Individu yang amat terkesan dengan pemergian mereka berdua itu ialah Putera Charles yang dikatakan tidak melayan panggilan telefon Putera Harry untuk tempoh yang lama. Namun hubungan mereka dikatakan semakin pulih sekarang.

 

Mengapa Mereka Tinggalkan UK?

Cuma, setelah Meghan mula berbadan dunia dan mengandungkan putera sulungnya, pelbagai isu mula melanda Putera Harry dan Meghan.

Sumber Foto: Vanity Fair

Meghan ‘risau’ apabila Archie tidak mempunyai gelaran ‘putera’ yang akan menjamin keselamatannya. Meghan percaya keputusan istana untuk tidak memberikan gelaran itu adalah berbaur sentimen perkauman.

“Ahli keluarga diraja pertama dari kulit gelap tidak mempunyai gelaran seperti cucu dan cicit lain.”

‘Bombshell’ terbesar yang hangat diperkatakan tentunya adalah mengenai perbincangan ahli diraja tentang warna kulit Archie. Biarpun Meghan enggan menamakan individu tersebut kepada Oprah, namun Putera Harry pantas memberikan disclaimer bahawa ia tidak melibatkan Ratu Elizabeth atau Putera Philip.

 

Kenyataan Istana

Setelah dua hari berlalu, akhirnya Istana Buckingham telahpun memberikan respon terhadap temubual Oprah bersama Meghan dan Putera Harry itu.

Sumber Foto: CNA

Kenyataan tersebut berbunyi:

“Seluruh keluarga kami sedih apabila mengetahui betapa mencabarnya kehidupan Meghan dan Harry sejak beberapa tahun lepas.

“Isu yang dibangkitkan terutamanya isu perkauman adalah membimbangkan. Biarpun pendapat masing-masing berkenaan kejadian terbabit mungkin berbeza, isu ini masih diambil secara serius dan akan dibincangkan oleh keluarga secara tertutup.

“Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa disayangi oleh kami.”

Apa pendapat korang?

Adakah hubungan Putera Harry dan Meghan dengan ahli keluarga diraja Britain lain akan pulih?

Ataupun mereka berdua terlalu lantang dalam membuka isu sensitif sehingga sampai ke pengetahuan orang awam?

ARTIKEL BERKAITAN : Harry & Meghan Dilucutkan Jawatan Diraja

BACA LAGI“It’s A Boy!” Putera Harry & Meghan Markle Sambut Anak Sulung Dengan Ucapan Tahniah Sedunia – REMAJA

 

Published by
FZ