Di saat kebanyakan negara telahpun melonggarkan sekatan sempadan mereka dan kembali menerima kunjungan pelancong asing, masih ada beberapa buah negara yang memilih untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak membenarkan pelancong masuk.
Salah satu negara tersebut ialah Jepun. Jika korang masih ingat akan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo pada tahun lalu, tiada penyokong antarabangsa dibenarkan memasuki negara itu apatah lagi memasuki kawasan stadium.
ARTIKEL BERKAITAN : Perenang Olimpik Poland Dihantar Pulang Dari Jepun Tapi Bukan Kerana Covid-19
Begitupun, nampaknya tidak lama lagi rasa rindu terhadap negara Jepun bakal terubat apabila mereka dijangka menarik balik larangan ke atas pelancong asing pada bulan Julai ini.
Sebulan sebelum itu, Jepun akan menggandakan bilangan pelancong yang dibenarkan memasuki negara itu kepada 20,000 pada setiap hari.
Khabarnya juga, beberapa laporan media dari Jepun menunjukkan kerajaannya sedang mempertimbang membatalkan keperluan ujian COVID-19 untuk pelancong yang sudah lengkap vaksinasi di lapangan terbang.
Untuk pengetahuan korang, buat masa ini hanya 10,000 warga Jepun, penduduk tetap, ahli perniagaan dan pelajar asing dibenarkan memasuki negara itu setiap hari. Daripada jumlah jangkitan wabak Covid-19 yang luar biasa hinggalah ia turun DAN kekal di bawah 50,000 kes baharu setiap hari, kerajaan Jepun secara beransur-ansur melonggarkan sekatan ketatnya; antara yang paling ketat oleh mana-mana kerajaan di dunia.
BACA LAGI : Mampukah Malaysia? Penduduk Tokyo Tawar Diri Kutip Sampah Keliling Stadium
Sumber Foto Hiasan : TimeOut
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.