Tular satu klip menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu dan bersongkok di Hospital Pakar KPJ Klang yang bertindak memijak hiasan Deepavali, kolam sambil berkasut baru-baru ini hingga mencetuskan kurang senang dalam kalangan warganet.
Tindakan lelaki yang dipercayai merupakan kakitangan hospital tersebut dianggap satu bentuk vandalisme yang dilakukan secara terbuka. Ia dikhuatiri memudaratkan atau cuba memudaratkan keadaan harmoni serta perpaduan dalam kalangan kaum majmuk di Malaysia.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu dalam satu kenyataan, lelaki tersebut dan rakannya yang bertindak sebagai perakam akan dipanggil ke IPD Klang Utara pada hari ini. Ini susulan satu laporan yang dilakukan oleh Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang sendiri terhadap video berdurasi 37 saat di TikTok itu.
Tambahnya lagi, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Hospital Pakar KPJ Klang memaklumkan bahawa siasatan dalaman sudahpun dimulakan ke atas video tular tersebut yang didakwa menampilkan salah seorang kakitangannya dalam kelakuan tidak profesional.
Dalam kenyataan berasingan pula, KPJ Klang berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya jika mereka didapati melakukan perbuatan sedemikian.
BACA LAGI : 4 Artis Bollywood Kena ‘Troll’ Lepas Sokong Larangan Main Mercun Sempena Deepavali – REMAJA
SUMBER : Sinar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.