Akibat Inflasi, Sony Naikkan Harga Jualan PS5 Di Malaysia Sebanyak RM200

Share

Bagi kaki game, memiliki dan mendapatkan PS5 ini sangat penting mengikut trend semasa. Buktinya, walaupun sudah dua tahun PS5 dilancarkan sehingga ke hari ini, konsol PlayStation 5 masih tetap kekurangan stok sementara permintaan global semakin meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN : Sony Malaysia Lancar Harga Rasmi PS5, Pra-Tempahan Dibuka Esok

Berita terbaru, Sony baru sahaja mengumumkan peningkatan harga jualan untuk PlayStation 5 mereka termasuklah untuk pasaran Malaysia. Dengan peningkatan ini, PlayStation 5 kini dijual pada harga RM2,499 dalam masa yang sama PlayStation 5 Digital Edition pula dijual pada harga RM2,069.

Hal ini sekaligus memperlihatkan perningkatan harga sebanyak RM200 berbanding sebelum ini di mana PlayStation 5 dijual pada harga RM2,299 dan  PlayStation 5 Digital Edition sekitar RM1,869 sahaja. Penetapan harga ini telah berkuat kuasa serta-merta di negara-negara dalam rantau Asia Tenggara.
Antara punca peningkatan harga ini dibuat oleh pihak Sony adalah disebabkan oleh kadar inflasi yang tinggi serta pertukaran wang. Sony PlayStation 5 sememangnya sukar untuk didapati di dalam pasaran ketika ini.
Kenaikan harga ini hanya akan dikenakan di pasaran terpilih di seluruh Eropah, Timur Tengah dan Afrika, Asia-Pasifik, Amerika Latin dan Kanada, namun tiada peningkatan harga runcit di Amerika Syarikat.
Bertabahlah buat mereka yang teringin tapi belum ada rezeki untuk memilikinya. Sempat lagi ni nak menabung. Hiks!
Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana