Minggu lalu, kecoh sebentar apabila ada seorang pengguna Facebook yang meluahkan rasa kecewa dengan kenaikan harga set hidangan di restoran makanan segera, KFC.
Isunya timbul apabila harga Set Jimat Box D (Zinger Burger) meningkat daripada RM13.45 kepada RM15.50 pada bulan ini. Dengan kenaikan set makanan yang seharusnya menjadi pilihan termurah pelanggan KFC (memandangkan ia adalah set JIMAT), ramai yang takut jika akan ada banyak lagi kenaikan harga membabitkan menu KFC yang lain.
Kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak QSR Brands (M) Holdings Berhad melalui media MalaysiaKini.
Ads
Menurut mereka, terdapat penyelarasan harga bermula Disember 2018 disebabkan perubahan GST kepada Cukan Jualan & Perkhidmatan (SST).
REMAJA memahami perubahan harga yang perlu dilakukan oleh banyak jenama popular seperti KFC. Namun sebagai konsumer, kita tak boleh lagi senang-senang pergi ke restoran tersebut lagi selepas ini jika ingin mengawal belanja.
Ads
So why not masak je sendiri ayam goreng crispy di rumah kalau ada masa? Jimat sikit..
Ini adalah resepi yang dikongsikan oleh Majalah Rasa menggunakan tepung goreng rangup sebaguna Kentucky Aroma.
Sedangkan juadah di pagi Hari Raya Aidilfitri pun boleh pelbagai rupa, warna dan rasanya, inikan pula lagu Raya yang rancak diluncurkan sepanjang bulan Ramadan ini bagi menyemarakkan semangat untuk menyambut hari kemenangan umat Islam pada minggu hadapan.
Satu-persatu lagu Raya nyanyian artis tempatan dan usahawan kontroversi diperdengarkan di corong radio dan platform penstriman. Begitu juga dengan bermacam-macam video muzik Raya yang dipertontonkan.
Mudah cerita, tidak keterlaluan jika penulis sifatkan tahun 2022 sebagai tahun industri muzik ‘membalas dendam’ dengan penuh nilai kreativiti setelah dua tahun ia terpaksa memerap idea disebabkan situasi pandemik yang menghilangkan suasana ingin berhari raya.
Terbaru, penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri tampil dengan lagu Raya solo pertamanya berjudul Zapin Lebaran. Membawa intipati irama zapin tradisional yang menebal sambil disuntik dengan elemen kontemporari bagi menyerlahkan lagi nilai komersilnya, ia adalah pengubat kerinduan buat para peminat Ernie yang ternanti-nanti buah tangan terbaru daripadanya.
Zapin Lebaran dicipta bersama dengan Yuna Kharism dan ia telah disiapkan sewaktu Ernie masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulungnya bersama Syamel, Nur Khawla Soleha, baru-baru ini.
Kongsi Ernie, mereka hanya mengambil masa beberapa hari saja untuk mencipta lirik serta melodi Zapin Lebaran dalam perkarangan rumahnya sendiri dek kerana tempoh berpantang yang masih dipatuhi olehnya.
Jika diperhatikan pada liriknya, Zapin Lebaran menceritakan tentang sinar berhari Raya yang kembali dirasai oleh umat Islam. Mereka bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata, malahan berjaya mengharungi pelbagai ujian dari Allah SWT sepanjang tempoh dua tahun ini dengan penuh kesabaran.
Walaupun ku dikejutkan
Zaman yang penuh keresahan
Ku tahu ada cahaya
Dan kini Syawal dah menyapa
Menariknya, biarpun baru beberapa hari diluncurkan, Zapin Lebaran pantas menjadi halwa telinga pendengar. Buat mereka, inilah baru dinamakan sebagai sebuah lagu khas Aidilfitri yang sebenarnya. Di platform YouTube pula, video muziknya pantas menuai 155,000 tontonan biarpun baru sehari dimuat naik.
Tinjauan REMAJA ke ruangan komen mendapati respon balas positif diterima daripada peminat.
Sean35 berkata, “Kudos to Ernie dan team kerana masih memartabatkan irama tradisional Melayu.”
Harbingerofwoe pula memuji, “Ini barulah lagu raya. Terserlah keindahan budayanya, terjaga adab sopannya. Good job!”
Tidak kurang juga yang meramalkan Zapin Lebaran bakal menjadi lagu Raya malar segar yang mampu bertahan selama bertahun lamanya, ibarat lagu-lagu Raya kontemporari popular seperti Sesuci Lebaran (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Satu Hari Di Hari Raya (Dato’ M. Nasir) dan Suasana Hari Raya (Allahyarham Datuk Sharifah Aini).
“Indah suaranya, indah lagunya, indah liriknya, indah rentak tariannya, indah pemakaiannya, indah semuanya. This one will be another evergreen raya song,” catat Rayyan Al-Qarni.
Apapun, REMAJA turut menggemari Zapin Lebaran ketika kali pertama mendengarnya. Adakah ini lagu Raya kegemaran korang pada tahun ini? Ataupun ada lagu Raya lain yang lebih berbekas di hati?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon negara jiran kita, Raffi Ahmad apabila memaklumkan dia menerima gelaran doktor kehormat dari UIPM, Thailand.
Pelakon tersebut menerima gelaran tersebut dari Profesor Kanoksak Likitpriwan selaku Presiden UIPM di Thailand. Kata Raffi, gelaran itu diterima atas penglibatannya selama 23 tahun di dalam industri hiburan.
Namun, IJAZAH Doktor kehormat yang diterima oleh pelakon Raffi Ahmad menerima pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang mendakwa lokasi universiti memberi pengiktirafan itu tidak wujud.
Kompas melaporkan, seorang warganegara Indonesia yang menetap di Bangkok, Thailand memuat naik ciapan di laman X memberitahu dia berusaha menjejaki Universiti Institute Professional Management (UIPM) yang beralamat di Vibharadi-Rangsit 64 Yeak 3.
Namun carian itu gagal kerana tiada sebarang kampus ditemui melainkan sebuah hotel.
“Saya sampai masuk ke bangunan itu dan bertanyakan kepada penyambut tetamu tentang kebenaran alamat universiti itu di laman web UIPM. Ternyata bukan kampus,” tulisnya.
Dalam pada itu, terdapat beberapa kemungkinan kerana UIPM turut mempunyai tiga lagi cawangan di Rusia, Amerika Syarikat dan Indonesia.
Pengguna X yang dikenali sebagai Niar Ibrahim Rose itu turut mahu mendapatkan kepastian daripada Raffi tentang lokasi sebenar kampus yang dimaksudkan penyanyi berkenaan sebelum ini.
“Jadi sebenarnya pejabat kampus UIPM ini ada di Bangkok, Bekasi, Russia atau Amerika ya Raffi?” soalnya.
Carian Alamat UIPM
Sementara itu, menerusi ruangan komen ada netizen yang turut mencari alamat UIPM di Amerika Syarikat menerusi carian peta di internet namun sama seperti di Thailand, alamat yang tertera adalah kawasan kediaman dan bukannya kampus universiti.
“Kalau di Amerika dilihat dalam peta cuma ada rumah orang, tak ada pun nama UIPM tertera di peta. Ada yang boleh jelaskan perkara ini,” tulis netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi Sissy Imann, kini boleh berbangga setelah berjaya menggenggam sarjana dalam bidang muzik dari Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas empat tahun berusaha keras.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Sissy sendiri menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, di mana dia turut meluahkan rasa syukur atas pencapaiannya.
Ucapan tahniah dan sokongan turut mengalir daripada pengikutnya di media sosial, yang bangga dengan pencapaiannya.
“Tahniah @sissyimann moga terus berjaya dalam apa jua lapangan yang Sissy lakukan,” komen seorang pengguna.
“Well done sissy! So proud of you,” tulis yang seorang lagi.
“Congratulations @sissyimann. Such an inspiration!” komen yang lain.
Sebelum ini, penyanyi berusia 29 itu turut menyifatkan perjalanan pengajiannya selama empat tahun sebagai kenangan yang penuh makna.
Pelantun lagu Mungkin Kamu itu turut meluahkan rasa sebak mengenangkan segala usaha dan penat jerih yang telah dilaluinya untuk mencapai impian tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...