Minggu lalu, kecoh sebentar apabila ada seorang pengguna Facebook yang meluahkan rasa kecewa dengan kenaikan harga set hidangan di restoran makanan segera, KFC.
Isunya timbul apabila harga Set Jimat Box D (Zinger Burger) meningkat daripada RM13.45 kepada RM15.50 pada bulan ini. Dengan kenaikan set makanan yang seharusnya menjadi pilihan termurah pelanggan KFC (memandangkan ia adalah set JIMAT), ramai yang takut jika akan ada banyak lagi kenaikan harga membabitkan menu KFC yang lain.
Kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak QSR Brands (M) Holdings Berhad melalui media MalaysiaKini.
Menurut mereka, terdapat penyelarasan harga bermula Disember 2018 disebabkan perubahan GST kepada Cukan Jualan & Perkhidmatan (SST).
REMAJA memahami perubahan harga yang perlu dilakukan oleh banyak jenama popular seperti KFC. Namun sebagai konsumer, kita tak boleh lagi senang-senang pergi ke restoran tersebut lagi selepas ini jika ingin mengawal belanja.
So why not masak je sendiri ayam goreng crispy di rumah kalau ada masa? Jimat sikit..
Ini adalah resepi yang dikongsikan oleh Majalah Rasa menggunakan tepung goreng rangup sebaguna Kentucky Aroma.
Jom tengok cara-cara penyediaan yang dihasilkan oleh Majalah Rasa ni!
Kalau korang tahu tepung lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan rasa seakan ayam KFC, cer kongsikan di bahagian komen.