Biarpun perjalanan hidup bintang K-pop, Goo Hara berakhir dengan penuh tragis selepas wanita tersebut didakwa membunuh diri pada November 2019, kekecewaan itu seakan ditebus semula oleh ahli keluarganya apabila satu akta baru telah diluluskan di Korea Selatan.
Kalau korang masih ingat, Goo Hara yang juga merupakan bekas ahli kumpulan KARA telah meninggal dunia di kediamannya setelah dia beberapa kali pernah cuba membunuh diri akibat kesihatan mental yang merundum.
Semuanya disebabkan oleh masalah perhubungan yang tercetus di antaranya dan teman lelaki pada waktu itu serta disebabkan tekanan daripada pelbagai pihak termasuklah warganet Korea.
Satu tahun setengah selepas kes tersebut, abang kepada mendiang iaitu Goo Ho In telah cuba untuk mendapatkan akta yang dipanggil sebagai ‘Goo Hara Act’ untuk diluluskan oleh kabinet negara itu.
Ads
Secara ringkasnya, akta ini menidakkan hak ibu bapa yang gagal memenuhi keperluan serta penjagaan terbaik anak mereka terhadap harta benda yang ditinggalkan oleh si anak selepas dia meninggal dunia.
Ini bermakna, ibu bapa yang didapati malas memenuhi kehendak anak, mengabaikan anak dan melakukan jenayah sebagai seorang ibu bapa termasuklah penderaan dan salah guna kuasa akan secara automatiknya kehilangan hak terhadap harta yang diwariskan oleh
anaknya.
Bukan itu saja, jika ada ahli keluarga yang disuspek melakukan semua perkara di atas juga boleh direman untuk siasatan.
Ads
Pada perhimpunan kabinet di Korea Selatan pada 27 April lalu, ahlinya telahpun melululuskan The 4th Plan of Action for the Basis of a Healthy Family, atau dalam bahasa mudahnya Goo Hara Act.
Akta ini dianggap sebagai keperluan untuk memastikan sebuah institusi keluarga kekal bahagia dan teratur dalam zaman abad ke-21.
Korang rasakan Malaysia juga patut memliki akta yang sama kah?
Penyanyi yang semakin mendaki carta lagu (dan hati peminat, gitu!) iaitu Kucaimars meluahkan rasa syukur setelah single debutnya, Jawab berjaya mendapat perhatian ramai. Malah ada juga peminat yang menekan butang follow di media sosialnya selepas mendengar Jawab untuk kali pertama.
Buat masa ini, Jawab sedang menduduki tangga ke-16 di Joox, 32 (Carta Lagu Hot) dan dalam Carta Lagu Baru Nak Up (Era.je). Not bad at all untuk lagu pertama seorang penyanyi muda.
Penyanyi berusia 22 tahun ini juga tak menyangka sambutan positif akan diterimanya melalui Jawab. Tambahan pula sejak muzik videonya dilancarkan pada akhir bulan Mac, Kucaimars turut dikenali melalui ruangan Trending YouTube.
“Saya bermula sebagai ‘penyanyi cover’ pun disebabkan minat. Tak sangka pula sokongan korang berterusan hingga ke single pertama ni.
Dia yang mengakui masih single buat masa ini menganggap kemunculannya di platform mainstream kini sebagai rezeki. “Malaysia mempunyai ramai pelapis baru sekarang. Jadi saya anggap Jawab membawa rezeki itu kepada saya.
”Seperti yang korang tahu, saya mula menyanyi sejak sekolah lagi bersama kumpulan Demarz. Malah untuk single kedua yang insyaAllah akan keluar selepas Aidilfitri nanti, saya akan menyanyikan lagu ciptaan saya semasa bersama dengan Demarz dulu.”
Whoa, maksudnya Kucaimars dah peram lagu tersebut sejak sekolah?
“Sudah terlalu lama saya simpan lagu kedua ini dan dah tiba masa untuk saya lancarkannya. Saya amat sukakan lagu ciptaan komposer hebat seperti Akim & The Majistreet (Jawab) tapi saya pun ingin mencuba sesuatu yang baru seperti lagu ciptaan sendiri.”
All the best Kucaimars!
Bagi semua Kucaiyang (nama rasmi peminat Kucaimars) jangan lupa untuk dapatkan Majalah Remaja keluaran April-Jun 2019 untuk melihat hasil penggambaran REMAJA bersama Kucaimars menerusi kolum His Looks.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika kita perhatikan ‘air tangan’ pengarah berbakat besar tanah air, Syafiq Yusof ini sudah pastinya dia akan membawa sesuatu kelainan dalam setiap hasil karya seninya.
Menerusi naskhah aksi terbaharunya berjudul Special Force: Anarchy, pengarah ini mencari kelainan tersendiri dengan mengetengahkan aktres wanita, Puteri Aishah sebagai watak utama dalam drama tersebut.
“Saya dan pasukan produksi mengambil cabaran membuat kelainan dengan mengetengahkan pelakon wanita sebagai watak utama. Inspirasi drama ini diambil menerusi filem arahan saya, KL Special Force pada 2018.
“Corak persembahan dalam drama ini juga boleh dikatakan lebih kurang dengan filem berkenaan. Bagaimanapun, ia bukanlah siri sambungan. Drama aksi Special Force: Anarchy ini memaparkan aksi kepolisan berbeza jalan cerita.
“Saya juga memerlukan karakter yang boleh melakukan aksi dan memberikan emosi. Kalau lihat dalam filem, hero sarat dengan babak pergaduhan. Tetapi, kami lakukan pembaharuan jalan cerita dengan mengetengahkan pelakon wanita selaku watak utama. Ini antara kelainan ditonjolkan,” ujarnya panjang.
Dalam pada itu, pengarah filem Abang Long Fadil itu berkongsi dia turut berdepan beberapa cabaran apabila mahu menghasilkan drama yang memiliki latar belakang negara berbeza.
“Agak sukar untuk mengubah menjadi sesebuah negara lain. Disebabkan penggambaran dijalankan di ibu kota, jadi banyak logo dan bangunan ikonik Malaysia dapat dilihat. Banyak rakaman nampak seperti di Kuala Lumpur.
“Jadi, apa yang kami lakukan menggunakan kesan khas visual (VFX) untuk mengubah suasana. Itulah cabaran saya ketika proses suntingan. Kami perlu buat seperti berada di negara berbeza kerana mahu mengelakkan daripada sebarang isu sensitif,” katanya lagi.
Sekadar informasi, drama aksi ini mengisahkan Iman lakonan Puteri Aishah seorang pegawai polis yang berani menempuh cabaran menghadapi sebuah organisasi kumpulan kongsi gelap.
Ia bagi merungkai misteri dan pelan mereka untuk merompak Bank Negara dalam sebuah negara fiksyen bernama Tenggara. Ia telah mula ditayangkan pada 14 Januari menerusi penstriman Disney+ Hotstar.
Drama terbitan Skop Productions ini menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk M Nasir, Hasnul Rahmat, Elizabeth Tan, Alvin Wong, Johan As’ari, Yusuf Bahrin, Fify Azmi, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah dua tahun menantikan kehadiran zuriat, pelakon Ainul Aishah yang kini sedang sarat hamil anak sulung, mengumumkan bakal menimang bayi perempuan tidak lama lagi.
Pendedahan tersebut dibuat pelakon filem popular Nana Tanjung itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.
Perkongsian tersebut memaparkan Ainul dan rakan-rakannya sedang menyambut majlis ‘gender reveal’ .
“Kawan-kawan zaman kecil saya adakan makan tengah hari ‘baby shower’ dengan saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur miliki mereka dalam hidup saya.
“Terima kasih semua untuk majlis ‘baby shower’ terindah dan hadiah comel. Sayang semua,” tulisnya sambil mendedahkan jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji pelakon itu kerana ada seri ibu mengandung selain mendoakan buatnya agar dipermudahkan segala urusan bersalin kelak.
Sebelum ini, Ainul mengumumkan bakal menimang zuriat pertama pada Februari lalu, namun tidak mendedahkan jantina anaknya.
Sekadar informasi, Ainul dan suami tercinta, Khalid Redzuan telah mendirikan rumah tangga 18 September 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...