Akibat Ketegangan Negara, Atlet Wanita Paralimpik PERTAMA Afghanistan Terlepas Peluang

Share

 

Bagaimanapun, kelibat bendera negara Timur Tengah itu masih kelihatan semasa acara pembukaan pada hari Selasa lalu.

Setelah 20 tahun bertapak di negara Afghanistan, tentera Amerika Syarikat akhirnya  meninggalkan negera tersebut ke tangan pemenrintahan puak Taliban semula. Seperti yang telah kita tonton di kaca televisyen atau baca di akhbar, berbagai-bagai imej dari bumi Afghanistan yang kurang enak dilihat telah mendatangkan rasa gusar terhadap penduduk negara tersebut.

Apakah nasib mereka selepas ini apabila keamanan yang dapat dirasai selama beberapa tahun sebelum ini lesap dalam masa beberapa minggu saja?

Rasa gusar itu nyata telah menampakkan implikasinya pada minggu ini di pentas antarabangsa apabila pasukan paralimpik Afghanistan yang layak bertanding di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 terpaksa menarik diri kerana mereka terkepung di dalam negara sendiri.

Ya, memang Afghanistan hanya akan menghantarkan dua orang atletnya sahaja. Mereka ialah atlet Taekwondo, Zakia Khudadadi dan atlet olahraga (lempar cakera), Hossain Rasouli.

Namun, jumlah atlet sama ada ramai atau sedikit bukanlah persoalan utama. Mereka ini telah berusaha dan bersiap sedia selama lima tahun bagi memberikan yang terbaik di Sukan Paralimpik. Malangnya atas faktor keselamatan, semua impian itu terpaksa dilupakan sekelip mata.

Hossain Rasouli
Zakia Khudadadi

Untuk pengetahuan, Zakia, 23 sepatutnya menjadi wanita pertama Afghanistan yang dijadualkan mewakili negaranya di Sukan Paralimpik. Yang pertama! Dalam video yang berleluasa minggu lalu, Zakia memaklumkan dia kini ‘terperangkap’ di dalam rumahnya dekat Kabul. Bukan itu saja, kesemua lapangan terbang negara itu juga kini ditutup dan kedua-dua orang atlet itu tidak mempunyai sebarang akses untuk ke Tokyo, Jepun.

*

Biarpun Zakia, Hossain dan delegasi Afghanistan tiada di Jepun, negara tuan rumah masih prihatin terhadap nasib mereka. Sebagai tanda penghormatan dan solidariti keamanan dunia, bendera Afghanistan telah dikibarkan semasa perarakan masuk atlet oleh sukarelawan Tokyo 2020.

Kongsi Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Paralimpik iaitu Andrew Parsons, keputusan untuk mengibarkan bendera mereka itu adalah bagi memberikan mesej penting kepada dunia.

“Adalah penting untuk dunia sukan menghantarkan mesej keamanan dan solidariti kepada seluruh pelusuk dunia yang lain. Kami ingin mereka berada di sini, malangnya ia adalah mustahil. Akan tetapi, semangat mereka masih kami rasa dari sini.”

Agak-agak jika Taliban tidak berkuasa di Afghanistan sekarang, adakah impian dua orang atlet ini untuk ke Tokyo, Jepun tercapai?

ARTIKEL BERKAITAN : Angelina Jolie Buka Akaun Instagram, Sampai Mesej Kemanusiaan & Cipta Rekod Dunia! – REMAJA

Published by
FZ