Akibat Kuat ‘Memberontak’, Remaja Perempuan Diajar ‘Survival’ Di Pulau Terbiar

Share

‘Makin besar makin memberontak!’

Perkara ini selalunya menjadi dilema kepada ibu bapa yang mempunyai anak meningkat remaja. Walaupun fasa memberontak dalam kalangan remaja adalah normal, namun tindakan ibu bapanya seorang remaja perempuan dari China ini agak pelik dan keterlaluan.

Remaja tersebut hanya dibekalkan dengan biskut dan air sepanjang berada di pulau terbiar sejauh 2400km itu. Tujuan ibu bapa tersebut ialah untuk ‘ajar’ anak mereka menjalani ‘latihan mental dalam keadaan yang melampau’ kerana kuat ‘memberontak’.

Nasib gadis berusia 13 tahun itu baik kerana terjumpa seorang nelayan yang melalui kawasan tersebut dan meminta tolong setelah dua hari mengalami pelbagai halangan di pulau berkenaan.

Nelayan berkenaan menghubungi pihak polis dan remaja tersebut memberitahu mereka bahawa dia tidak boleh tahan lagi dan mahu pulang.

“Ibu bapa saya paksa saya bertahan di pulau terbiar. Saya hanya ada biskut dan air. Saya tidak boleh menghidupkan api. Tolong bawa saya ke darat.”

Pihak polis kemudian mengarahkan ibu bapa remaja berkenaan untuk membawanya pulang ke rumah. Ibu bapanya menjelaskan kepada media bahawa anak gadis mereka mempunyai ‘masalah psikologi’ dan berhenti sekolah pada September 2020.

Mereka mengambil keputusan untuk mengajarnya erti kesusahan dan kesukaran dalam hidup.

Sumber : Global Times

Published by
Nana