Gunung Kinabalu merupakan antara gunung yang paling digemari pendaki dari seluruh dunia. Dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut, ia tentunya memberi cabaran tersendiri bagi mereka yang gemar aktiviti lasak dan pendakian.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jauh Perjalanan Abang Ini Pergi Interview’, Lelaki Jepun Berpakaian Lengkap Sut Berjaya Daki Gunung Kinabalu
Namun malang tidak berbau apabila seorang lelaki berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia akibat mabuk gunung selepas mengalami gejala sesak nafas semasa mendaki Gunung Kinabalu pada Selasa lepas.
Menurut New Straits Times, Alexzander Kueh Check Boo dan isterinya sedang mendaki gunung itu dan telah sampai ke perhentian Panalaban ketika kejadian itu berlaku.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata isteri Kueh yang berusia 35 tahun mula mengadu sakit kepala dan masalah pernafasan kira-kira jam 9 malam.
Sejam kemudian, pasukan penyelamat memutuskan untuk membawanya turun dari gunung dengan pengusung untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital berdekatan bersama-sama suaminya.
Bagaimanapun, Kueh juga mula mengalami kesukaran bernafas semasa turun ke Timpohon Gate, pintu masuk denai pendakian.
“Kira-kira jam 2 pagi ketika hanya tinggal 2 km dari Timpohon Gate, suami beliau mengalami kesukaran bernafas dan kekejangan otot. Dia kemudiannya dibawa melalui pengusung ke Timpohon,” kata Liew.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut. Kueh bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 pagi di hospital tersebut.
Beliau turut menasihatkan bakal pendaki agar bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum cuba mendaki Gunung Kinabalu.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Sabah Parks, Mount Kinabalu Web