Tidak dinafikan bahawa antara aplikasi yang popular sekarang ini adalah Tik Tok. Lebih-lebih lagi sewaktu arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan kira-kira akhir Mac lalu.
Mungkin disebabkan rasa bosan duduk di rumah, maka ramailah yang mencuba aplikasi Tik Tok dan berkongsi di media sosial. Malah, dengan video Tik Tok ini juga boleh menjadikan seseorang individu itu dikenali ramai jika videonya menjadi viral.
Ramai juga diantara selebriti yang mempunyai akaun Tik tok dan turut berkongsi video mereka di laman Instagram.
Namun begitu, dek kerana penangan Tik Tok ini, khabarnya seorang kanak-kanak telah jatuh dari bumbung ketika merakamkan video. Video yang berdurasi 30 saat ini menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dilihat sedang berjalan di atas bumbung rumah lalu terjatuh.
Walau bagaimana pun kelihatan adik itu selamat kerana jarak bumbung rumahnya itu tidaklah terlalu tinggi. Tapi, jangan pula ada yang mengulangi kelakuan adik tersebut. Nak rekod video Tik Tok atau apa saja, terserah korang. Cuma, janganlah sampai membahayakan nyawa sendiri.
Mujur juga bumbung rumahnya tidak tinggi. Kalau tidak, tak pasal-pasal masuk hospital pula.
Rekod diam-diam dalam bilik kan senang. Hiks!
Sumber: Video viral terbaru02