Akibat Seleweng Dana Untuk Kanak-Kanak Miskin, Isteri Bekas Presiden Dipenjara 14 Tahun

Share

Harapkan pagar, pagar makan padi! Inilah perumpamaan yang boleh disamakan dengan pemimpin yang menjadikan rasuah makan harian mereka demi kepuasan diri sendiri. Tanpa rasa segan mereka rakus menggunakan wang rakyat demi kepentingan diri sendiri.

Terbaharu, isteri bekas Presiden Honduras, Rosa Elena Bonilla telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun akibat menyeleweng dana yang dikhususkan untuk membantu kanak-kanak miskin di negaranya.

Menurut Kementerian Awam, wanita berusia 55 tahun itu membelanjakan kira-kira 12.2 juta lempiras (bernilai kira-kira USD 590 ribu ketika itu) yang merupakan dana untuk kanak-kanak berpendapatan rendah untuk pembayaran kad kredit peribadi, yuran sekolah anak-anaknya dan pembinaan hartanah persendirian.

“Rosa Elena Bonilla telah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan sebulan kerana jenayah penipuan berterusan dan penyelewengan dana awam yang diperuntukkan untuk program sosial,” kata Carlos Silva, jurucakap Mahkamah Agung kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbitan Buku ‘Korupsi, Kemunafikan Dalam Politik Melayu’ Berdasarkan Skandal Rasuah Di Malaysia

Bonilla sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara 58 tahun dalam perbicaraan terdahulu. Namun  keputusan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Agung Honduras pada awal 2020 dengan alasan hujah yang tidak konsisten. Mahkamah Agung  kemudiannnya memerintahkan perbicaraan semula oleh mahkamah rendah, yang mendapati Bonilla bersalah pada Mac tahun ini.

Suaminya Porfirio Lobo telah dipilih sebagai Presiden Honduras pada akhir 2009 selepas rampasan kuasa tentera menggulingkan Presiden Manuel Zelaya ketika itu. Beliau berkhidmat sehingga 2014.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Canberra Times

Published by
Fiezreen