Akibat Sibuk Kejar Pokemon, Anggota Polis Dipecat Kerana Abai Panggilan Kecemasan

Share

Apabila pemainan menjadi lebih penting daripada tugas hakiki, inilah kenyataan pahit yang harus ditelan oleh dua anggota polis Los Angeles. Mahkamah telah memutuskan ketetapan itu pada Jumaat lalu bahawa bahawa Los Angeles Police Department (LAPD) wajar memecat Louis Lozano dan Eric Mitchell kerana salah laku yang dilakukan mereka.

Biarpun keputusan ini baru diperdengarkan, kejadian tersebut berlaku lebih empat tahun dahulu pada 15 April 2017.

Dalam insiden itu, sistem video dalam kereta peronda yang dinaiki mereka mengesan kedua-dua pegawai tersebut sedang membincangkan cara menangkap watak watak-watak Pokemon dalam permainan atas talian itu dan kemudiannya mengabaikan panggilan kecemasan mengenai rompakan terhadap pusat membeli belah Macy’s.

Walaupun mereka menafikan perkara tersebut dan berkata merek sekadar bercakap tentang permainan itu, namun setelah siasatan dilakukan ia bukanlah seperti yang diperkatakan. Siasatan mendedahkan bahawa Lozano dan Mitchell mendengar panggilan itu tetapi memilih untuk mengabaikannya demi mengejar Snorlax berdekatan, watak Pokémon.

Sistem video dalam kereta pasangan itu mendedahkan bahawa Mitchell berjaya menangkap Snorlax sebelum pasangan itu memandu ke lokasi di mana watak Togetic telah dikesan. Setalah tiba di kawasan tersebut, kedua-dua meeka berjaya menawan Togetic.

Mereka dipecat selepas Lembaga Hak Polis sebulat suara memutuskan bahawa kedua-dua pegawai itu melakukan salah laku yang tidak profesional dan memalukan serta melanggar kepercayaan orang ramai.

Namun begitu mereka membalas hujah bahawa rakaman itu tidak sepatutnya digunakan dalam prosiding tatatertib mereka, dan berkata mereka telah dinafikan perlindungan Akta Rang Undang-Undang Hak Prosedur Pegawai Keselamatan Awam. Walaubagaimanapun, mahkamah tidak bersetuju.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

 

 

Published by
Fiezreen