Akibat Suka Shopping Online, Suami Buat Kejutan Beri Isteri Kek Bentuk Parcel

Share

Sudah menjadi kebiasaan apabila golongan wanita dilihat gemar membeli pelbagai jenis barangan, tidak kiralah sama ada pakaian, tas tangan atau pun makanan.

Setiap hari ada sahaja parcel yang akan tiba di rumah dek kerana mereka sukar untuk menghilangkan aktiviti membeli secara online

ini.

Lain pula yang berlaku di luar negara, kerana terlalu obses membeli-belah secara online, seorang suami telah memberikan surprise di hari ulang tahun kelahiran isterinya dengan menghadiahkan kek yang berupa seperti kotak parcel.

Emily McGuire mengakui bahawa dirinya sering berbelanja di Amazon dan gampir setiap hari, dua atau tiga buah kotak Amazon akan tiba dirumahnya. Kadangkala, dia terpaksa menyembunyikan daripada suaminya (Mac) itu.

Disebabkan hal tersebut, Mac terfikir untuk memberikan kejutan di hari lahir isterinya.

Kek yang ditempah mempunyai persamaan ketara dengan kotak Amazon, sekali dengan shipping label lagi. Hiks!

Rata-rata netizen di media sosial memberikan pujian tentang idea kreatif suaminya itu dan Emily sendiri tidak menyangka bahawa gambar keknya itu menjadi tular kira-kira setahun yang lalu.

Memang kreatif. Rasanya korang juga boleh jadikan idea ini untuk surprise kan kawan-kawan korang yang suka sangat shopping online. Hiks!

Sumber: thestir.cafemom.com

Published by
Noor Ain Norman