Personaliti media sosial terkenal antarabangsa, Kylie Jenner kehilangan sehingga lebih sejuta pengikut di platform Instagram gara-gara menyatakan sokongan terhadap kekejaman tentera Israel.
Menurut laporan media antarabangsa, Jenner yang juga usahawan muda itu yang memiliki sejumlah lebih 400 juta pengikut menerusi media sosial berkenaan telah mengalami penurunan pengikut menjadi 399 juta.
ARTIKEL BERKAITAN: Tapak Perkuburan Yahudi Tertua Di Asia Tenggara Terletak Di Pulau Pinang?
Ia terjadi selepas pemilik rangkaian jenama kosmetik, Kylie Cosmetic itu memuat naik hantaran menyuarakan sokongan terhadap Israel apabila mengutuk serangan 5,000 roket oleh kumpulan Hamas pada 8 Oktober lalu.
“Untuk hari ini dan selamanya, saya akan berdiri bersama Israel,” ujarnya.
Menyedari telah tersilap langkah, selebriti berusia 26 tahun itu telah memadam hantaran tersebut sejam kemudian.
Namun, tindakan adik kepada Kim Kardashian itu sudah terlambat apabila Instagram miliknya terus diserang warganet dan dibanjiri dengan komen ‘Free Palestine’.
Belum Cecah 30 Tahun, Kekayaan IU Dilaporkan Sudah Bernilai RM68 Juta
IU. Nama yang tidak lagi perlu diperkenalkan kepada peminat dunia hiburan Korea Selatan.
Bukan sahaja cantik dan berbakat, IU atau nama sebenarnya, Lee Ji Eun boleh dianggap sebagai salah seorang selebriti muda paling berkerja keras sebagai seorang pelakon, duta produk dan tentunya sebagai seorang penyanyi serta pencipta lagu.
Disebabkan tidak putus-putus bekerja dalam industri hiburan di sana, IU telah memiliki pelbagai hak royalti daripada penulisan lagu untuk albumnya sendiri, untuk penyanyi lain dan juga hak royalti daripada sejumlah filem serta K-Drama lakonannya.
Tidak hairanlah apabila IU pada tahun lalu telah memegang gelaran idola wanita K-Pop paling kaya sepanjang 2021 kerana mampu mengumpul aset hartanah yang mencecah nilai puluhan juta Won.
Menerusi program terbitan Mnet berjudul TMI News Show pada 31 Ogos semalam, ia telah membongkar kekayaan terbaru IU menerusi senarai ’10 Rumah Kedua Selebriti Terbaik”.
IU menjadi topik perbualan ramai warga maya apabila namanya berada di tempat kedua dalam senarai tersebut. Diam-diam ubi berisi ya!
Sehingga kini, IU dilaporkan memiliki sebuah studio peribadi bernilai kira-kira 4.6 bilion won (RM15,226,986) di Gwacheon, Gyeonggi-do dan sebuah apartmen di Cheongdam-dong yang kini mempunyai harga jualannya melebihi 13 bilion won (RM43,032,786) tunai; iaitu yang tertinggi di Korea Selatan.
Bukan itu sahaja, IU juga khabarnya mempunyai rumah kedua yang terletak di Yangpyeong. Ia merupakan sebuah vila countryside dua tingkat dengan keluasan 560 meter persegi.
Selebriti berparas wajah comel itu membeli tanah serta vila di kawasan tersebut bernilai kira-kira 2.2 bilion won. Tidak cukup dengan itu, dia juga membeli sebidang lagi tanah di sekeliling kawasan tanah sedia ada pada nilai 800 juta won.
Secara total, kos rumah keduanya ini sahaja adalah 3 bilion won (RM9,930,643).
Selain IU, ramai juga selebriti Korea lain yang membeli kediaman di Yangpyeong disebabkan lokasinya yang berdekatan dengan Seoul tetapi masih tenang landskapnya.
Dengan pemilikan studio peribadi, apartmen, vila dan aset tanah ini, IU dilaporkan mempunyai hartanah bernilai kira-kira 20.6 bilion won (RM68,185,889) buat masa ini.
Cantik, popular dan kaya. Rasanya mesti ramai yang terkejut melihat kekayaan selebriti Korea Selatan yang satu ini kan? Hiks!
ARTIKEL BERKAITAN : 7 Selebriti Wanita K-Pop Pendapatan Paling Tinggi Dan Terkaya Tahun 2021
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
6 Cara Guna ‘Penyedut’ Blackhead, Salah Satunya Bilas Guna Air Hangat. Baru La Berkesan!
Selain jerawat, whitehead dan blackhead adalah perkara yang paling dibenci semua orang terutamanya remaja!
Sudahlah selalu muncul, satu hal pula nak buang semua whitehead dan blackhead tu lepas tu sakit lagi dapat.
Tapi kalau guna tektik yang betul, tak sakit pun lagi-lagi kalau guna vakum blackhead.
Untuk pengetahuan, punca utama munculnya whitehead adalah kerana liang pori yang tersumbat. Bila dah tersumbat membuatkan kawasan tersebut dipenuhi minyak dan tidak dibersihkan dengan betul membawa kepada masalah tersebut.
Tempat selalunya muncul whitehead adalah di bahagian muka iaitu di hidung, dagu dan juga dahi. Kawasan yang kita kenali sebagai T-Zone.
Kenapa kena buang?
Sebab utama adalah untuk kebersihan dan kesihatan kulit. Kalau sinki di rumah yang tersumbat pun kita kena betulkan inikan pula kalau ada yang 'tersumbat' di bahagian muka kan?
Selain itu, kita juga akan rasa lebih selesa dan yakin bila wajah kita bebas daripada whitehead dan blackhead ini kan?
So, ini tip buat korang yang nak guna vakum blackhead tapi masih kurang jelas dengan cara pengunaan yang betul.
1. Bilas Wajah Guna Air Hangat
Mula-mula bilas wajah sedikit menggunakan air hangat supaya permukaan kulit menjadi kembang dan liang pori terbuka sedikit.
2. Wap Wajah Guna Steamer
Selepas bilas wajah guna air hangat, panaskan steamer muka untuk wap wajah. Tujuan menggunakan steamer muka ini adalah, untuk membuka liang pori dengan lebih besar agar memudahkan proses vakum menyedut kotoran, blackhead dan whitehead.
3. Pilih Kepala Vakum Mengikut Bahagian Wajah
Selepas wajah telah di wap menggunakan steamer muka, liang-liang pori akan terbuka kemudian tibalah masa untuk menyedut blackhead dan whitehead dengan menggunakan kepala vakum yang sesuai mengikut kawasan wajah.
Sebagai contoh untuk menyedut blackhead dan whitehead di bahagian hidung, gunakan kepala vakum jenis kepala bulat besar. Dan jenis kepala vakum yang kamu dapat adalah bergantung pada jenis vakum yang kamu beli di pasaran.
4. Bilas Muka Guna Air Sejuk
Selepas selesai memvakum blackhead dan whitehead di seluruh kawasan wajah, bilas muka dengan menggunakan air sejuk bagi menutup liang-liang pori yang terbuka di seluruh wajah.
5. Cuci Wajah Guna Pencuci Muka
Selesai membilas wajah dengan air sejuk kamu akan merasakan kulit muka menjadi ketat dan bersih tanpa sebarang bintik-bintik hitam atau putih di wajah.
Dan langkah terakhir adalah mencuci wajah dengan menggunakan pencuci muka, kemudian lap wajah sehingga kering dengan tuala muka.
Jadi lepas ini jangan terus buang alat penyedut blackhead ini, sebaliknya ikuti langkah-langkah yang penulis kongsikan di atas untuk menggunakan alat penyedut blackhead dengan lebih berkesan dan puas hati.
Selamat mencuba!
Cantik Bagaikan Bidadari, Rupanya Hanya Sebulan Siapkan Baju Nikah Raysha Rizrose…
Sama cantik sama padan pasangan pengantin baru ini.
Dalam sebuah majlis akad nikah yang dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri dari ahli keluarga, kenalan rapat. Pelakon Raysha Rizrose,27, selamat bergelar isteri dan disatukan dengan jejaka pilihannya pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri,29.
ARTIKEL BERKAITAN : Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose Bergelar Isteri Nabil Jefri Dengan Sekali Lafaz
Walaupun majlis diadakan dalam skala yang kecil, apa yang mencuri perhatian REMAJA ialah apabila melihat busana pengantin perempuan.
Sangat ringkas dan nampak manis!
Untuk pengetahuan, Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz semalam anggun mengenakan gaun putih hasil sentuhan pereka fesyen tempatan, Teh Firdaus.
Rata-rata peminat dan warganet tampil memuji kecantikan dan hasil kerja pereka muda ini
Nampak cantik dan terletak elok pada tubuh sang pengantin. REMAJA sempat menghubungi Teh Firdaus untuk bertanyakan perihal busana cantik berkenaan;
1. Inspirasi baju nikah Raysha Rizrose
Menurut Teh Firdaus, jujurnya tiada sebarang inspirasi tertentu yang diambilnya. Namun, dia menerapkan konsep minimal dan cleancut. Ditambah pula dengan perbincangan bersama Raysha yang mahukan sesuatu yang ringkas tetapi cantik.
“Baju Raysha inspired from the feminine side of her, how graceful she is. She opted for something minimal, elegant and I gave her intricate details to complete the look.”
2. Berapa lama Teh Firdaus siapkan baju nikah Raysha ini?
Saya tidak mempunyai banyak masa untuk menyiapkan busana ini sebenarnya, lebih kurang sebulan sahaja.
3. Bahagian atas bahunya agak unik dengan perincian motif daun bertaburan.
” It’s a demi-couture piece. Every leaf on the gown was made from scratch. Hand drawn and beaded with tambour techniques.”
4. Bagaimana kerjasama dengan Raysha untuk menyiapkan busana ini?
” I rasa paling senang nak berkerja dengan Raysha. So easy and memudahkan urusan. She is so humble and easy to work with. Even Nabil also the same,” akhiri Teh Firdaus.
*
Cantik bukan busana nikah Raysha Rizrose? Kalau korang teringin pakai busana seperti ini, bolehlah hubungi Teh Firdaus. Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.