Sering kali kita melihat di jalan raya, anak-anak muda menunggang aksi ala superman. Dimana selalunya rider akan meniarap di atas motosikal dengan kelajuan tinggi, seolah-olah sedang terbang.
ARTIKEL BERKAITAN : Cadang Remaja Guna Motosikal 70cc Ke Bawah Elak Kemalangan, Setuju Atau Tidak?
Reaksi kita? Adakalanya bersorak dan terus merakam aktiviti tersebut sambil mulut kita membebel, tak sayang nyawa budak ke?
Tapi, awas ye!
Korang tahu tak bahawa perbuatan itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah penunggang motosikal yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas.
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, aksi berbahaya itu melanggar undang-undang di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.
“Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.
“Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan,” katanya.
Apa-apapun, moga penunggang motosikal lebih berhati-hati dan sayangi nyawa korang.
BACA : Dua Pemuda OKU Cabar Diri, Berjaya ‘Travel’ Ke Thailand Dan Laos Dengan Kapcai
Sumber: Facebook PDRM
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.