
Hujung minggu ni kalau korang rasa bosan, bolehlah serbu panggung wayang untuk menonton filem terbaru Hellboy.
Sudah mula ditayangkan hari ini, Hellboy antara filem terbaru yang korang wajib tonton kerana aksinya kini lebih ‘mengganas’ dan boleh buat korang seriau dalam panggung. Cewah!
Filem ini mengisahkan tentang kehidupan semula seorang ahli sihir, Nimue (Milla Jovovich) yang mahu membalas dendam dan menghancurkan dunia, lalu menjadikan Hellboy (David Harbour) sebagai ‘alat’ untuk memenuhi impiannya itu.
Namun begitu, Hellboy tidak bersekutu dan mencari jalan bersama dua orang temannya yang juga mempunyai kuasa luar biasa untuk mempersiapkan diri bagi menentang Nimue.
Lebih ‘ganas’ daripada biasa
Aksi-aksi yang ditonjolkan dalam filem ini sedikit sebanyak membuatkan korang ketap gigi kerana banyak memaparkan unsur keganasan dalam satu pembunuhan. Nah, sudah pasti ianya ditayangkan hanya untuk penonton berumur 18 tahun ke atas.
Scene pembunuhan dan perlawanan dalam filem ini selayaknya dipuji kerana setiap aksi yang ditonjolkan dalam filem memang real gila. Berderau juga bila tengok lagak mereka bunuh-membunuh. Hiks!
Penampilan Hellboy kali ini juga lebih menyeramkan dan kami tengok macam Undertaker pun ada. Haha!
Dibintangi oleh David Harbour, Milla Jovovich, Ian McShane, Sasha Lane dan Daniel Dae Kim, Hellboy kali ini bukanlah sekuel pada mana-mana filem terdahulu, sebaliknya ia adalah daripada sumber filem asal tetapi dengan garapan yang berbeza.
Kami tak nak la bagi spoiler, so apa kata korang tonton Hellboy yang sudah pun ditayangkan di seluruh pawagam hari ini.
Jalani Pembedahan Pembesaran Payudara Di ‘Pakar Kecantikan’ Tanpa Lesen, Punca Gadis Muda Ini Meninggal Dunia

Seorang wanita warganegara Malaysia berusia 29 tahun meninggal dunia secara tragis tanpa diduga kerana disyaki mengalami komplikasi akibat pembedahan pembesaran payudara.
ARTIKEL BERKAITAN: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
Menurut China Press, mangsa mengalami pening kepala dan sakit badan pada hari kejadian. Selain itu, kawasan pembedahan turut membengkak dan perit, menunjukkan kemungkinan terdapat komplikasi atau isu selepas prosedur pembedahan.
Merasakan bahawa simptom itu mungkin merupakan perkara normal dalam proses pemulihan, gadis muda tersebut mengambil keputusan untuk tidak mengendahkannya.
Namun pada keesokan harinya, dia mengambil keputusan untuk pergi ke klinik berdekatan untuk rawatan perubatan, di mana doktor menunjukkan bahawa kondisinya sudah menjadi lebih kritikal dek kerana dos ubat bius yang berlebihan diberikan ketika pembedahan.
Dia kemudiannya dimasukkan ke hospital dan dipindahkan ke unit rawatan rapi setelah kondisi beralih kepada peringkat kritikal. Namun malangnya, pada hari keempat setelah pembedahan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Menurut penemuan awal bedah siasat doktor forensik, dada si mati menunjukkan kehadiran bakteria yang tinggi, menyebabkan ada kemungkinan jangkitan kuman sebagai punca kematian.
Bagaimanapun, siasatan lanjut diperlukan untuk memastikan punca sebenar kematiannya.
Mangsa meninggalkan dua anak, berusia 9 dan 12 tahun, dan seorang suami yang menyalahkan pengamal kosmetik terbabit kerana beroperasi tanpa lesen. Bahkan, suaminya merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal tersebut.
Menurut suami, ibu kepada dua orang anak itu pada awalnya hanya mahu menjalani rawatan muka kerana mempunyai keraguan awal tentang pembedahan pembesaran payudara tersebut.
Bagaimanapun, dia memutuskan untuk meneruskan pembedahan payudara tersebut selepas pakar kecantikan itu menyatakan mereka sudah mendapatkan kelengkapan yang diperlukan.
Dirinya yang selama ini kerap memandu ibunya setiap hari ke Hospital Pusat Johor Bahru untuk pembersihan luka akibat jangkitan kuman di sebelah kakinya kini tidak dapat lagi berada di sisi ibu tercinta.
BACA LAGI: ‘Plot Twist Habis…..” – Jisoo BLACKPINK Rasmi Bercinta Dengan Pelakon Terkenal, Ahn Bo Hyun!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: China Press
Ketahui Hak Pengguna Apabila Barang Yang Diterima Rosak, Peguam Ajar Cara “Deal” Dengan Kurier

Rasanya satu Malaysia tahu tentang isu syarikat kurier J&T ni kan. Yelah…hati mana yang tidak terkesan apabila melihat nasib bungkusan barang yang dibeli dengan duit kita sendiri secara atas talian dibaling, disepak begitu saja oleh para pekerja syarikat kurier.
Memang naik marah jadinya….
ARTIKEL BERKAITAN : Parcel Tak Sampai-Sampai, Wanita Ini Dedah Keadaan Gudang Syarikat Kurier J&T Kucar Kacir – REMAJA
Susulan daripada hal ini mesti ramai yang tertanya-tanya termasuklah penulis tertanya kepada diri sendiri, siapa yang akan bertanggung jawab kalau barang pengeposan itu rosak atau hilang. Adakah penjual yang perlu bertangungjawab atau pihak syarikat kurier itu sendiri. Atau itu tanggungjawab pembeli sendiri….Hmmm
Lantas, seorang peguam yang sering berkongsi tentang hak pengguna di laman sosial, Puan Nor Zabetha pada kali ini menjelaskan mengenai hak pengguna apabila barang yang diterima rosak.
Ikuti Perkongsian Peguam ini :
Apa hak pengguna, apabila barang yang diterima rosak?
Misalnya insiden barangan J&T yang dikendalikan secara kasar.
Saya tolak tepi isu komisen, isu marah dengan majikan, isu hak pekerja.Saya hendak fokus kepada hak pelanggan iaitu penghantar/penerima barangan.
Ada banyak diruang komen berkenaan aduan barangan yang diterima rosak, pecah dan bungkusan macam ‘belacan’.
Isu dalaman J&T kita ketepikan dahulu. Bak kata pepatah “Jangan kerana nyamuk, kelambu dibakar”. Janganlah pasal hal dalaman, kita pelanggan pula terkena. Tak patut.





Buat Sendiri Prosperity Burger Ala McMing. Resepi Mudah & Rasa Sedap!

Isi Kandungan
ToggleBila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina, hidangan Burger Prosperity ni antara yang ditunggu-tunggu.
Bagi anda yang nak cuba buat sendiri burger ni di rumah, saudara Farid Sham Qaseh Pakcik ada kongsi resipinya. Mudah je. Jom cuba.
ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Bubur Ayam Ala McD. Sedap & Mudah Sangat Dibuat!
CARA BUAT BURGER PROSPERITY SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN PATTY DAGING:
2kg daging kisar
300gm serbuk roti
3 biji bawang holland – kisar halus tanpa air
1 sudu makan oregano
1 sudu makan basil
1 sudu makan (rata) serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk perasa ayam
3 sudu makan sos tiram
2 cubit garam
CARA MEMBUAT:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata.
2. Timbang berat patty ikut kegemaran masing-masing. Biasanya sekeping patty seberat 70gm. Jika suka yang tebal, boleh timbang 90gm sekeping.
3. Bentukkan ikut saiz yang digemari.
Nota: Jika buat dalam jumlah yang sedikit, boleh bahagikan jumlah bahan ikut berat daging kisar yang digunakan.
BAHAN SOS LADA HITAM:
1/2 biji bawang besar Holland – hiris halus @ kisar guna food processor.
2 hirisan mentega
1 sudu makan biji lada hitam – dikisar
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos lada hitam
Serbuk pati ayam secukupnya
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dalam kuali dan masukkan bawang Holland. Tumis hingga wangi dan agak kekuningan.
2. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau lagi.
3. Seterusnya masukkan tepung gandum. Perlahankan api. Gaul sehingga sekata supaya tepung tidak berketul-ketul.
4. Gaul lagi dan sampai jadi seperti dalam gambar di bawah ini.
5. Masukkan air. Bolehlah tambah serbuk pati ayam, kicap pekat dan sos tiram. Boleh juga tambah susu full cream, sos tomato dan sos jika untuk rasa pedas dan masamkan lagi sos. Boleh tambah ikut citarasa. Dalam peringkat ni, pelbagai cara anda boleh ‘try & error’ untuk menyedapkan lagi sos.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Sentiasa kacau sos supaya tidak berketul. Bila sos mendidih, ia akan menjadi lebih kental dan pekat. Jika tidak pekat, boleh tambah bancuhan tepung jagung.
CARA MENYEDIAKAN BURGER PROSPERITY
BAHAN-BAHAN:
Patty daging burger
Sos lada hitam
Bawang Holland- dihiris
Roti oblong
CARA MEMASAK:
1. Masak daging burger hingga keperangan dan masak sepenuhnya.
2. Celupkan ke dalam sos lada hitam dan letakkan atas roti.
3. Tabur hirisan bawang Holland dengan secukupnya.
4. Sedia untuk dinikmati.
Long weekend ni boleh la buat, selamat mencuba!
Artikel ini di ambil dan di olah dari RASA.
Kredit resipi & foto: Farid Sham Qaseh Pakcik
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.