‘Aksi Mengaum’ Ala Harimau Antara Posing Selebriti Korea Di Karpet Merah GDA 2022

Share

 

Digelar sebagai ‘anugerah Grammys’ versi Korea Selatan, acara Golden Disc Awards 2022 selamat dilangsungkan pada hari Sabtu lalu dengan kemenangan besar berpihak kepada kumpulan sensasi K-pop yang telah menguasai dunia hiburan antarabangsa, BTS.

ARTIKEL BERKAITAN : BTS Masih Dijadualkan Untuk Golden Disc Awards 2022 Walaupun Positif COVID-19 – REMAJA

Namun sebelum mereka muncul dalam acara yang disiarkan secara langsung di aplikasi Astro Go khas buat penonton di Malaysia itu, masing-masing telah berjalan di karpet merah terlebih dahulu untuk memperagakan gaya fesyen masing-masing.

Pada tahun ini, antara nama besar yang disebut-sebut terdiri daripada BTS, IU, Seventeen, AESPA, Stray Kids, Jeon Somi dan pengacara trio; Lee Da Hee, TXT, Lee Seung Gi dan Sung Si Kyung serta ramai lagi.

Pelakon, Lee Da Hee tampil penuh berkarisma dalam persalinan gaun moden ala Cleopatra dengan pilihan warna emas pada bahagian bawah.

Sementara itu, penyanyi yang membawa pulang salah satu anugerah pada petang itu iaitu Jeon Somi berani membawakan kelainan dengan persalinan dress paras lutut yang menjadi meme popular.

Jeon Somi

Ini kerana ia kelihatan seakan bentuk telur bergerak pada siluet bahagian skirtnya yang menggelembung. Moden itu pasti, tapi adakah korang dapat menerima gaya Jeon Somi ini? Komen di bawah okay!

Seperti biasa, penyanyi solo popular IU kelihatan chic dalam persalinan blazer dress dengan perincian butang keemasan manakala seorang lagi penyanyi solo, Heize cukup ‘garang’ apabila mengenakan persalinan serba hitamnya dengan but putih serta bang.

IU
Heize

Beberapa kumpulan lelaki muncul di karrpet merah dalam persalinan suit & tie kemas seperti kumpulan ENHYPEN, TXT, Stray Kids dan Seventeen. Biarpun elegan, bagi penulis, ia dilihat sedikit membosankan memandangkan terlalu ramai selebriti lelaki yang memilih stail seakan sama.

TXT
ENHYPEN
Stray Kids

Pujian bagaimanapun harus penulis berikan kepada kumpulan Stray Kids yang bijak mengenakan stail yang mengikut potongan badan terutama dengan tali pinggang yang mengikat bahagian pinggang.

Menariknya, beberapa selebriti seperti Lee Seung Gidan Seventeen telah membuat mimik ‘gaya harimau’ dengan tangan masing-masing. Ia mungkin bersempena zodiak harimau dalam kalendar masyarakat Cina yang bakal disambut sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Lee Seung Gi bergurau dengan gaya harimaunya.

Hi Seventeen!

Sung Si Kyung.

Comel kan!

Siapa selebriti ‘best dressed’ korang di Golden Disc Awards kali ini?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ