SPM 2017 yang baru diumumkan membawa seribu cerita kepada pelajar yang sudah mendapat keputusannya. Ada yang cemerlang, tidak kurang yang keputusannya hanya biasa-biasa sahaja.
Bila bercerita tentang kecemerlangan keputusan, agak tidak hairan jika kebanyakan pelajar yang mendapat result bagus adalah mereka yang “ulat buku”. Mungkin mereka kurang aktif dalam sukan padang dan kokurikulum di sekolah.
Luar biasa sebenarnya untuk menemui pelajar yang mendapat straight A tetapi masa yang sama sibuk di atas padang. Inilah yang dibuktikan oleh seorang remaja bijak, Arif Hakimi Mohd Nazil. Mendapat 9A dalam SPM 2017 yang baru diumumkan, remaja ini juga cukup aktif bermain sukan rugby bukan saja di peringkat negeri malah negara.
Membanggakan apabila dia kini sedang sibuk berlatih bagi mewakili Malaysia ke kejohanan Paris World Games 2018 di Paris, Perancis bawah 18 pada 3-8 Julai 2018 yang akan datang.
Terpilih dalam program National Rugby Development Program (NRDP) di bawah Kementerian Belia & Sukan atas idea Menteri Belia & Sukan, YB Khairi Jamaludin, kebanyakan pemain yang dipilih ke Europe ini sangat istimewa kerana mereka terdiri dari pelajar bijak dan masa yang sama aktif bersukan
Inilah ciri kelainan yang ada di bawah program NRPD kerana mereka mencari remaja yang mementingkan dua elemen ini dalam kehidupan seharian.
Dalam temubual bersama Remaja dan ditanya tentang rahsia belajarnya, menurut Arif Hakimi dan mesra di sapa Kimi yang merupakan bekas pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, dia tidak mempunyai apa-apa rahsia belajar tetapi sering memberi tumpuan ketika guru mengajar. Masa yang sama, dia akan mengulang kaji pelajaran semasa prep.
“Bila pulang ke rumah, saya ada ketikanya akan menonton perlawanan rugby selain menonton video permainan sukan ini. Bagi saya sukan rugby ini mampu membentuk disiplin diri kepada individu,’ kata anak bongsu dari dua beradik ini.
Menceritakan terpilih di bawah National Rugby Development Program, ini merupakan tahun pertama pemilihan.
“Ada dua kategori, satu di bawah usia 16 dan satu lagi bawah 18 tahun. Kesemua pemain yang terpilih akan mewakili Malaysia dalam kejohanan Paris World Games 2018.
Kejohanan ini satu pendedahan yang baik dan saya begitu bersemangat dan akan terus aktif pada masa-masa akan datang,” katanya yang meminati pasukan rugby terkenal dunia, All Black.
Bagaimana aktif sukan dan masa yang sama bijak pelajaran?
Kata Kimi, pembahagian masa yang betul, disiplin diri dan kena tahu untuk mencapai “goal” adalah rahsia kejayaannya.
“Kita tak boleh aktif dalam sukan saja dan masa yang sama abaikan pelajaran. Masa memang banyak di padang latihan tetapi kena bijak bahagikan masa itu sendiri. Kita kena tahu pilihan tepat dan masa yang sama, keluarga juga mendorong dan memberi galakan kepada saya,” katanya memaklumkan, bapanya, Prof MadyaDr Mohd Nazil bin Salleh merupakan Timbalan Dekan Penyelidikan & Pengajian Siswazah di UNISEL manakala ibunya, Prof Madya Dr. Norashikin Shamsudin pakar dermatologi di Universiti Putra Malaysia.
Jom tengok apa pencapaian remaja bijak ini.
Penyertaan & pencapaian dalam sukan rugby
2013 – KGV 10s Tournament (Plate Champion)
2014 – Iskandar 10s Tournament (Plate Champion)
*SDAR 10s Tournament (3rd Cup)
*Allied Pickford 15s Tournament (3rd Cup)
*KGV 10s Tournament (Plate Champion)
*Centaurs Tournament (3rd Cup)
2015 – VI 10s Tournament (Bowl Champion)
*Kejohanan Ragbi Malaysia 10s (Bowl Champion)
2016 – Ansara 10s Tournament (Runner-up Cup)
*KL Saracens 10s Tournament (Runner-up Bowl)
*MCKK Premier 7s Tournament
*KPM SALBROS Tournament MSSM 7s
*Super Six School Rugby 15s (Bowl Champion)
*COBRA 10s Tournament (Shield Champion)
*Medini 7s Tournament (Bowl Champion)
*MSSM Rugby 15s U18 Tournament (Bowl Runner-up)
*SBP 10s Tournament
2017 – MCKK Premier 7s Tournament (Bowl Champion)
*MSSM RUGBY 15s U18 Tournament
*Arsad Ahmad Cup (Champion)
*Super Six School Rugby 15s (Runner-up Cup)
*MAB Cup 15s Tournament (Runner-up Plate)
2018 – Rembau 7s Tournament (Cup Champion)
*Currently playing for ASAS Rugby Club in Putrajaya League
*Selected for Malaysia U18 rugby team (under national rugby development program NRDP)
Sukan disertai:
*2015 – MSSM Olahraga Putrajaya 1500m
*2016 – MSSM Olahraga Putrajaya 1500m
Anugerah :
*2017 – Anugerah Pengetua Lonjakan
*2015 – Anugerah Pengetua Lonjakan Saujana
*2014 – Trends In International Maths and Science Study (certificate of excellence)
Hobi & minat
*Main rugby
*Latihan kecergasan (gym)
*Main futsal & bola sepak
*Bina permainan lego
*Membaca isu semasa, politik dan kisah sejarah