Mungkin makanan biasa pada kita dan mungkin murah untuk kita beli. Tapi tidak pada orang yang hidup diuji dengan kesusahan kehidupan. Untuk mencari rezeki bagi menyuap nasi, ia lebih penting berbanding membeli makanan sampingan.

Dalam pada itu, aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi yang giat membantu golongan yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 berkongsi gambar-gambar wajah kegembiraan anak-anak yang dapat menikmati keenakan ayam goreng KFC. Ya ia mungkin makanan biasa bagi kita tapi makanan yang cukup enak bagi mereka yang jarang merasa.

Pandanglah wajah-wajah mereka diuji dengan kesusahan ini. Kadang kita rasa serba serbi tidak cukup tapi ada diuji lebih dari itu. Aktivis ini turut berkongsi kisah anak-anak meluahkan rasa gembira apabila dapat merasa makan ayam KFC.

Baca juga betapa mereka bersyukur apabila dapat menikmati ayam goreng tersebut.

Aktivis Kongsi Wajah Gembira “Orang Susah’ Dapat  KFC! Murah Bagi Kita, Nikmat Bagi Mereka

Aktivis Kongsi Wajah Gembira “Orang Susah’ Dapat  KFC! Murah Bagi Kita, Nikmat Bagi Mereka

Kes 02281
Tuan selama saya nikah dan ada anak ramai. Saya memang tak pernah beli KFC sebab saya kurang mampu. Kalau anak-anak rasa nak makan KFC, saya beli separuh ayam dan buat sendiri.
Jimat sikit, tapi tu laa anak anak nak jugak ayam KFC. KFC mahal tuan. Pendapatan kami sekeluarga tak menentu tuan. Saya harap ada sedikit rezeki buat anak-anak saya tuan. Maaf kan saya sekali lagi tuan.

Tuan saya ucap kan banyak-banyak terima kasih. Anak-anak saya semua gembira tuan sebab sejak saya kawin seingat saya ni yang kedua kali makan KFC. Itu pun adik ipar yang belanja tuan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak tuan. Dan tak lupa buat para penyumbang di luar sana.

Ads

Semoga Allah SWT memberi keberkatan nan di murahkan rezeki seluas-luas nya. Dan tak lupa buat Tuan Syed Azmi. Semoga tuan selalu dalam lindungan Allah SWT. Amin3 ya robbal alamin.

Kes 01508
Saya nak mohon. Anak-anak balik-balik minta beli KFC. Saya dari keluarga yang tak mampu. Sebab saya tinggal bersama ibu bapa yang tiada pekerjaan. Saya suri rumah sepenuh masa.

Suami saja yang kerja. Harap gaji suami yang tanggung kami sekeluarga semua. Ibu bapa pun lama dah tak kerja. Anak-anak selalu minta beli KFC tapi saya tak berapa layan permintaan mereka. Sebab di Sabah sekarang banyak tempat zone merah. Kami perlu jimatkan duit untuk belanja makan susu, pampes anak-anak.

Belanja dapur juga kadang tak cukup untuk kami sekeluarga dengan gaji suami RM1200. Mahu bayar bil api air lagi. Semoga ada rezeki anak-anak semoga yang memberi ni di murahkan rezekiNya dan di berikan kesihatan yang baik dan di permudahkan urusan dunia akhirat aminAktivis Kongsi Wajah Gembira “Orang Susah’ Dapat  KFC! Murah Bagi Kita, Nikmat Bagi MerekaAktivis Kongsi Wajah Gembira “Orang Susah’ Dapat  KFC! Murah Bagi Kita, Nikmat Bagi Mereka

Ads

Aktivis Kongsi Wajah Gembira “Orang Susah’ Dapat  KFC! Murah Bagi Kita, Nikmat Bagi Mereka

Aktivis Kongsi Wajah Gembira “Orang Susah’ Dapat  KFC! Murah Bagi Kita, Nikmat Bagi Mereka

Kes 92528
Saya memohon kerana anak dah lama tak makan KFC. Nak beli pun kos tinggi sebab ramai di rumah saya tak mampu. KFC memang susah kami nak dapat makan melainkan ada orang sedekah.

Saya layak memohon sebab anak-anak saya ramai dan saya tak mampu nak beli.
Lagipun semasa PKP ini pendapatan saya tidak menentu. Ada kerja ada gaji, tak ada kerja tak ada gaji.

Ads

Kes 24580
Saya perlukan bantuan sumbangan KFC ini untuk anak-anak. Sebelum ni, kalau ada duit lebih pun, keutamaan kami untuk barang-barang sekolah @ makanan lain yang mengenyangkan seperti roti, biskut.

Juga untuk bahan2 buat kuih seperti donut, popia. Bila buat, dapat dalam kuantiti lebih. Semua anak boleh merasa. Lagipun anak sulung tinggal di asrama, memang kalau boleh biar semua ada anak merasa kalau dapat sumbangan. Nie kebetulan PKPB, jadi semua anak ada di rumah.

Apa pun sentiasalah belajar bersyukur dengan setiap nikmat kehidupan kita peroleh hari ini. Mungkin hari ini kesusahan milik orang lain dan sentiasa ada hati yang besar untuk saling bantu membantu jika kita ada rezeki yang lebih.

Aktivis Kongsi Wajah Gembira “Orang Susah’ Dapat  KFC! Murah Bagi Kita, Nikmat Bagi Mereka

Kes 11361
Saya nak mohon kerana anak ada menyebut nak makan KFC tapi belum ada rezeki nak membelinya. Sebab suami baru kehilangan kerja hanya membuat kerja sambilan buat masa sekarang ini.

Duit gaji hanya cukup untuk membeli barang-barang keperluan dan membayar sewa rumah. Peti sejuk pun dah tak beku akibat terkena banjir. Sebelum pandemik covid-19 memang hanya suami yang bekerja seorang cukup untuk menampung kami sekeluarga.

Sekarang suami dah tak ada kerja tetap jadi memang sukar untuk memenuhi apa-apa permintaan anak-anak. Moga ada rezeki anak-anak saya dan semoga dimurahkan lagi rezeki buat penderma. Sumber : FB Syed Azmi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI